""Allah SWT mencela sikap lemah, tidak bersungguh-sungguh, tetapi kamu harus memiliki sikap cerdas dan cekatan, namun jika kamu tetap terkalahkan oleh suatu perkara, maka kamu berucap 'cukuplah Allah menjadi penolongku, dan Allah sebaik-baik pelindung." (HR Abu Dawud)."
Visi/طيف
"Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber"
اللجنة الطلابية
القاهرة
جدوال اعمال
May 26hb (Imtihan Semester 2)
June 28hb (Imtihan Semester 2 berakhir)
إحصائيات
Jumlah Penuntut
135 orang
Biasiswa
JPI - 104 orang
YSHHB - 3 orang
MOE - 4 orang
UNISSA - 1 orang
Persendirian - 19 orang
Tahun Pengajian
Ma'had Bu'uth Islamiah -1
Ma'had ElIbanah - 2
Tahun 1 (Universiti AlAzhar) - 47
Tahun 1 (Universiti Iskandariah) - 1
Tahun 2 (Universiti AlAzhar) - 11
Tahun 3 (Universiti AlAzhar) - 23
Tahun 4 (Universiti AlAzhar) - 13
Tahun 4 (Ma'had Qiraat Syubra) - 14
Unit Agama Dan Akhlak akan mengadakan majlis tersebut di atas pada:
Tarikh: 9hb Zulhijjah 1431H bersamaan dengan 15hb November 2010M Hari: Isnin Tempat: Markas Putera (Bangunan 86, Rumah 106) Jam: 2.30 petang
Aturcara : 2.30 petang Kehadiran Ahli Jawatankuasa BKPBDK sesi 2010/2011M serta mahasiswa-mahasiswi
2.45 petang : Kehadiran Tetamu Kehormat Majlis : Solat Asar berjemaah : Bacaan Surah Al-Fatihah : Ucapan Ketua Unit Agama Dan Akhlak sesi 2010/2011M : Ucapan Tetamu Kehormat Majlis : Pertandingan Khutbah Jum’at : Pertandingan Terjemahan : Pertandingan Forum : Majlis berehat sebentar : Ulasan hakim-hakim dan pengumuman keputusan pertandingan : Penyampaian hadiah, sijil dan cenderahati : Doa Penutup : Solat Maghrib berjemaah : Takbir Hari Raya Aidiladha : Menikmati jamuan : Majlis bersurai
Semua mahasiswa dan mahasiswi adalah dialu-alukan hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini. Di atas kerjasama dan kesudian yang hadir pada majlis itu nanti, ahli Unit Agama Dan Akhlak tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga kita mendapat rahmat, taufiq dan hidayat-Nya jua. Amin.
RABU, 19 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 27hb Oktober 2010M, berlangsungnya majlis ramah mesra bersama Menteri Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini berlangsung di Saraya Hall, Intercontinental Hotel, City Stars.
Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Ustazah Syairah Bte Hj Salim, manakala tafsiran nya pula dibaca oleh Ustazah Syaimaa Bte Ruslan.
Upacara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Yang Di-pertua Penuntut, Ustaz Hj Mohd Safwan Alwan Bin Hj Aminuddin.
Seterusnya dijemput pula Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,Negara Brunei Darussalam,untuk memberikan ucapan dan nasihat.
Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid gabungan mahasiswa tahun 1 hingga 4 yang membawakan nasyid bertajuk "Brunei Tanah Airku"
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang masing-masing yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Penyampaian Cendera Hati kenang-kenangan atas lawatan Yang Berhormat Ke Mesir disampaikan oleh Yang Dipertua Penuntut.
Bacaan doa selamat di ketuai oleh Ustaz Abdurrahman Bin Haji Emran,Ketua Unit Agama dan Akhlak,BKPBDK.
Di kesempatan ini juga, para mahasiwa-mahasiswi tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Pihak Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para mahasiswa-mahasiwi yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di sini. Pihak badan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abiskita semua diatas segala kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan selama mana abiskita berada disini. Pihak badan juga ingin mendoakan agar abiskita semua sentiasa beroleh kejayaan dimasa-masa akan datang InsyaAllah. Selamat berjuang demi negara agama dan watan.