Saturday, March 24, 2012

Majlis Bazaar Amal 2012

Hari Sabtu
10 Rabi'ulakhir 1433H / 3 Mac 2012M
Nadi Riyadhi Madinat Nasr, Hayyu Sadis
Jam: 8.30 pagi hingga 4.00 petang      
Alhamdulillah ke atas hadrat Ilahi kerana dengan berkat izin-Nya, Unit Kebajikan dan Kemasyrakatan (UKDK) telah mengadakan majlis Bazar Amal yang bertujuan untuk mengasuh mahasiswa-mahasiswi BruCai dalam menjalankan perniagaan di samping melatih mereka untuk berdikari malah bekerjasama dalam membuat persiapan ketika menjalankan perniagaan.

Tetamu kehormat majlis yang juga merupakan duta besar Brunei di Mesir, Dato Paduka Haji Awang Mohd. Mahdi Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman
Acara dimulai dengan bacaan ummul Kitab dari Ketua Uada, Ustaz Shah Afandy.
Kata-kata aluan dari Tetamu Kehormat Majlis.
Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah pertandingan-pertandingan yang melibatkan setiap rumah sukan BruCai yang dihakimi oleh pihak kedutaan Brunei. Antara pertandingan tersebut ialah:
1. Pertandingan membuat agar-agar, tomyam dan ikan tiga rasa(terbuka untuk 3 orang lelaki sahaja)
2. Pertandingan membuat lapik meja jepun dan lapik meja bulat( terbuka kepada perempuan sahaja)
3. Pertandingan membuat Frame gambar yang mengandungi aktiviti-aktiviti Brucai dari tahun 2010-2012 ( terbuka kepada laki-laki sahaja)

 

Persembahan tarian aduk-aduk Brunei.
Majlis Perasmian Bazar Amal 2012M/1433H.
Antara makanan dan minuman yang dijual pada bazar tersebut
Salah seorang pemenang dari salah pertandingan yang disebutkan di atas.
 
Gambar ramai bersama pihak kedutaan Brunei. =)

0 comments:

Powered By Blogger