Thursday, April 30, 2009

BKPBDK

Pada tahun ini, Asean Ladies Circle (ALC Cairo) telah mengadakan 'Food and Craft Festival', dan dengan itu semua mahasiswa dan mahasiwi di alu-alu kan hadir untuk sama-sama melihat dan menyaksikan persembahan kebudayaan dari negara-negara Asia yang akan di langsungkan pada;

Tarikh: 2hb Mei 2009 (Sabtu)
Waktu: 10am hingga 4pm.
Tempat: Malaysia Hall. No 26, Sabil EL-Khazindar Abdou Basha Square, El-Abbasiyah, Cairo.

Read more...

Wednesday, April 29, 2009

UADA

Unit Agama Dan Akhlak akan mengadakan Solat Hifzi berjemaah sempena musim peperiksaan yang akan tiba, dan telah bersepakat untuk membahagikan secara usrah seperti sebelum ini.

Usrah Rabaah (Markas Putera)
Usrah Syabab (Markas Puteri)


- Solat maghrib berjemaah
- Solat hifzi berjemaah
- Solat isya berjemaah
- Jamuan ringan

Read more...

Monday, April 27, 2009

UPDP

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat 'Raudhah' edisi ke 11 bolehlah membeli daripada Ahmad Syafiq (Rabaah El Adawiyah) dan Siti Mutiah (Syabab El Mohandisin) dengan harga LE20.


Read more...

BKPBDK

Majlis Perpisahan Bagi Pengiran Salimin Serta Keluarga

Ucapan dari Naib Yang Di-Pertua Penuntut

Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis

Pelancaran Buku Raudhah edisi ke 11
Ahli Jawatan Kuasa Penuntut bersama Pengiran Salimin sekeluarga


Majlis Penutup Tirai Aktiviti BKPBDK Sessi 2008/2009M

Juara keseluruhan bagi aktiviti-aktiviti BKPBDK di antara rumah-rumah sukan.
Rumah Pateh Berbai

Read more...

Friday, April 24, 2009

UADA

Untuk makluman mahasiswa dan mahasiswi, Majlis Perpisahan bagi Pengiran Haji Salimin bin Pengiran Daud serta Keluarga akan diadakan pada :


Hari : Ahad
Tarikh : 26hb April 2009M
Tempat : Markas Putera
Jam : 4.30 petang


Pada hari tersebut juga akan diadakan Majlis Penutup Tirai Aktiviti Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah sessi 2008/2009M dan Solat Hajat.


Jam : 7.15 malam
Tempat : Markas Putera



Sehubungan dengan itu, adalah dialu-alukan para mahasiswa-mahasiswi untuk hadir pada kedua-dua majlis tersebut.

Sekian, Terima Kasih .

Read more...

Sunday, April 19, 2009

BKPBDK

Makluman untuk semua mahasiswa dan mahasisiwi. Memandangkan keadaan di Sinai dan Al 'Arish pada masa ini tidak selamat, diminta kerjasama semua supaya tidak pergi ke tempat-tempat tersebut hingga ada makluman lanjut.

Sekian terima kasih.

Read more...

Thursday, April 9, 2009

Festival Kebudayaan dan Sukan Asean 2009

Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa - mahasiswi dialu-alukan hadir ke Festival Kebudayaan dan Sukan Asean 2009 yang akan diadakan pada :

Tarikh : 11 hb April 2009M
Hari : Sabtu
Tempat : Malaysian Hall , Abbasiyah

Untuk makluman juga, kepada yang berkeinginan untuk menghadiri nya, bolehlah membeli tiket masuk daripada Ustaz Mohd Saifullah bin Haji Bolhassan bagi mahasiwa-mahasiswi berada di Syabab Mohandissen dan Ustazah Noorhanizah bte Taha bagi mahasiswa-mahasiswi di Rabaah El-Adawiyah.

Sekian, Terima Kasih.

Read more...

Friday, April 3, 2009

UKDK

28hb Mac, Markas Putera - Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan acara tahunan BKPBDK iaitu 'Bazaar Amal' pada sabtu lepas. Acara dimulakan pada jam 10 pagi sejurus selepas kehadiran tetamu kehormat majlis iaitu, Setiausaha kedua di Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Puan Latifah bte Hj Zaini.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ketua UADA, dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua UKDK. Kemudian ucapan dari Yang Di-Pertua Penuntut BKPBDK dan ucapan tetamu dari kehormat majlis, beliau juga merasmikan logo BKPBDK yang baru.

Acara seterusnya ialah penghakiman peraduan Kraftangan, Fotografi, Sudut Kreatif, Gubahan, Masakan dan Kuih-muih diantara rumah-rumah sukan. Sementara itu aktiviti mewarna bagi anak-anak pegawai kedutaan juga diadakan.

Selesai acara menghakimi, majlis dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu asli brunei, hasil gabungan dari ahli-ahli rumah sukan.

Kemudian, tetamu kehormat majlis dijemput menyampaikan hadiah peraduan-peraduan yang dianjurkan UKDK serta pemenang mencipta logo.

Jualan Bazar Amal 2009M pun bermula setelah selesai penyampaian hadiah.

Photobucket


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Read more...
Powered By Blogger