Majlis Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Brunei
Hari Rabu
30 Rabi'ulawal 1433H / 22 Febuari 2012M
Rumah Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam Di Mesir
Jam: 3.30 - 7.00 Petang
Alhamdulillah dengan berkat I'nayah dan Perlindungan Allah s.w.t, pada 23hb Februari yang lepas genaplah usia hari kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28. Bagi sama-sama menyambut hari tersebut, mahasiwa-mahasiwi Brucai telah mengadakan majlis kesyukuran memohon agar negara kita sentiasa dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera serta dipenuhi rahmat yang berpanjangan dariNya. Aminn.
**Fakta mengenai slogan Brunei**
Pada asalnya slogan tersebut ialah hasil pengubahsuaian yang dibuat oleh Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah dari perkataan asalnya yang berbunyi, 'Daaim Muhsin Bilhuda' yang bermaksud 'seorang lelaki yang beristeri yang berzina'. Asal perkataan tersebut tidak diketahui siapa penulisnya tetapi ia dipercayai datang dari pihak istana. Tetapi disebabkan oleh maksudnya yang kurang elok, maka Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah mencadangkan enam ayat barn bagi menggantikan ayat tersebut.Ayat -ayat tersebut ialah:
`Daa imul mu sinunna bilhuda;
`Daa imun muhsinani bil huda;
`Daa imunal muhsinuna bilhuda;
Adaa imul muhsinu bi huda;
Addaa imin nil mun sinan bilhuda; dan
Adaa imuna al muhsinuna bil huda'
Keenam-enam ayat tersebut telah disenaraikan dan dihadapkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Kamaruddin untuk disembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Du l i Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (AI-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien I I I) bagi mendapatkan perkenan baginda , ayat mana yang diperkenankan untuk menjadi slogan bendera Brunei. Akhirnya ayat keenam yang berbunyi: Addaa imuna al muhsinuna bil huda' (Sentiasa Membuat Kebajikan Dengan Petunjuk Allah) diperkenankan untuk dipatrikan pada
Panji-Panji Brunei sebagai slogan bendera Brunei Darussalam.
0 comments:
Post a Comment