Tuesday, March 31, 2009

LOGO


Pengengertian Logo

Masjid: Melambangkan syiar Islam bagi seluruh umat Islam. Ia juga sebagai tempat berjemaah dan sebagai tanda perpaduan.Yang mana dengan adanya perpaduan ianya dapat menguatkan hubungan ukhwah sesama muslim.Termasuklah sifat tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, sifat toleransi dan optimis sesama mereka.

Al-Quran: Melambangkan pegangan utama Ahli Sunnah wal-Jamaah. Al-Quran juga menyatakan didalamnya untuk berpegang-sama dengan Sunnah, kerana kedua-dua sumber ini adalah menjadi rujukan muhim intelek Islam yang berkaliber dalam semua aspek kehidupan.

Bulan Sabit : Adalah sebagai lambang cahaya kehidupan.Dengan adanya cahaya islam yang benar dan cahaya ilmu yang luas, ianya mempunyai satu sinaran hala tuju sebenar didalam kehidupan dan sekaligus dapat menghindari dari segala kesesatan and kegelapan.Maka tidak sia-sialah kita hidup sebagai seorang muslim di dunia dan akhirat.

Bintang: Sebagai simbol intelektual dan melambangkan harapan dan cita-cita.

Warna -

Kuning: Melambangkan keceriaan.

Merah: Melambangkan keberanian dan kemegahan.

Hijau: Melambangkan keislaman dan keamanan.

Biru: Melambangkan ketenangan.

Logo hasil ciptaan - Abdul Azim bin Haji Ismail.

Powered By Blogger