Friday, February 26, 2010

Majlis Maulidur Rasul







Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Majlis Forum Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

Semua mahasiswa dan mahasiswi di alu-alukan hadir pada ;

Tarikh : 25hb Februari 2010M bersamaan dengan 12hb Rabuilawal 1431H
Hari : Khamis
Jam : 6.30 ptg
Tempat : Markaz Putera

Aturcara -
: Bacaan Al-Fatihah (Ketua UADA)
: Bacaan Al-Quran
: Ucapan YDP sempena pembuka tirai bagi aktiviti semester 2
: Forum dimulakan
: Bacaan dikir
: Penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan pengerusi
: Bacaan doa

Read more...

Saturday, February 20, 2010

Makluman Penghantaran Trunk.

Sukacita dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi bahawa BKPBDK sesi pengajian 2009 / 2010M akan melaksanakan penghantaran trunk ke Negara Brunei Darussalam seawal-awalnya pada Hari Juma’at, 26hb Februari 2010M* (tertakluk kepada perubahan) yang mana penghantaran tersebut akan dikendalikan oleh BKPBDK sesi pengajian 2009 / 2010M. Sehubungan dengan perkara tersebut, mahasiswa dan mahasiswi yang berkeinginan untuk menempah penghantaran trunk ini diharap memaklumkan sebarang perubahaan lebih awal agar urusan penghantaran trunk tersebut akan berjalan dengan lancar.

Adapun kadar kuantiti isi yang boleh dimuatkan dalam satu trunk adalah
9 kotak (Kotak markas), sepertimana lazimnya di tahun-tahun yang sudah. Dimaklumkan juga kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berkeinginan menempah trunk ini adalah dikehendaki menyediakan butir-butir keterangan seperti berikut:

1. Nama pemohon trunk.
2. Nama wakil yang mengendalikan trunk.
3. Alamat lengkap penghantaran di Negara Brunei Darussalam.
4. Alamat lengkap penghantaran di Republik Arab Mesir.
5. Nombor telefon rumah / telefon bimbit (Brunei).
6. Nombor bilangan kuantiti beserta dengan senarai kandungan.
7. Wang sebanyak 180 US dollar (persendirian).

Permohonan di atas
hendaklah dihantar kepada email Yang Dipertua Penuntut BKPBDK sesi pengajian 2009 / 2010 sebelum tarikh tutup penghantaran iaitu pada Hari Ahad, 21hb Februari 2010M.

Sekian dimaklumkan kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi dan di atas kerjasama serta perhatian abiskita semua tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.

Read more...

Friday, February 5, 2010

Read more...
Powered By Blogger