Tuesday, November 9, 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Hal Ehwal Ugama

RABU, 19 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 27hb Oktober 2010M, berlangsungnya majlis ramah mesra bersama Menteri Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini berlangsung di Saraya Hall, Intercontinental Hotel, City Stars.


Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Ustazah Syairah Bte Hj Salim, manakala tafsiran nya pula dibaca oleh Ustazah Syaimaa Bte Ruslan.

Upacara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Yang Di-pertua Penuntut, Ustaz Hj Mohd Safwan Alwan Bin Hj Aminuddin.

Seterusnya dijemput pula Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,Negara Brunei Darussalam,untuk memberikan ucapan dan nasihat.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid gabungan mahasiswa tahun 1 hingga 4 yang membawakan nasyid bertajuk "Brunei Tanah Airku"

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang masing-masing yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian Cendera Hati kenang-kenangan atas lawatan Yang Berhormat Ke Mesir disampaikan oleh Yang Dipertua Penuntut.

Bacaan doa selamat di ketuai oleh Ustaz Abdurrahman Bin Haji Emran,Ketua Unit Agama dan Akhlak,BKPBDK.

Di kesempatan ini juga, para mahasiwa-mahasiswi tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Pihak Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para mahasiswa-mahasiwi yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di sini. Pihak badan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abiskita semua diatas segala kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan selama mana abiskita berada disini. Pihak badan juga ingin mendoakan agar abiskita semua sentiasa beroleh kejayaan dimasa-masa akan datang InsyaAllah. Selamat berjuang demi negara agama dan watan.


0 comments:

Powered By Blogger