Sunday, October 31, 2010
Monday, October 25, 2010
Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Ugama
Menteri Ugama iaitu Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman beserta rombongan telah datang ke Mesir pada 15hb Zulka’edah 1431H bersamaan 23hb Oktober 2010M. Manakala sesi perjumpaan dan ramah mesra bersama mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam Di Kaherah akan diadakan pada :
Tarikh : 19 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 27hb Oktober 2010M
Hari : Rabu
Jam : 6 petang
Tempat : Intercontinental Hotel
Pakaian : Cara Melayu & Berkot (Lelaki)
Baju Kurung & Berkot (Perempuan)
Adalah diharapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam Di Kaherah supaya akan dapat memberikan kerjasama dengan menghadirkan diri pada Majlis tersebut dan tidak lupa diucapkan terima kasih.
Wednesday, October 20, 2010
Majlis Bacaan Surah Yassin dan Rattib Al-'Attas
Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi Brunei Darussalam Di Kaherah bahawa Unit Agama Dan Akhlak akan mengadakan majlis bacaan Surah Yassin dan Rattib Al-'Attas pada :
Tarikh : 13hb Zulka’edah 1431H bersamaan 21hb Oktober 2010M
Hari : Khamis
Jam : 5:00 petang
Tempat : Markaz Putera (Bangunan 86, Rumah 106)
Antara aturcara majlis :
- Solat Maghrib berjemaah
- Membaca Yaasin
- Membaca Ratib Al-Attas
- Ceramah oleh wakil ahli Unit Agama Dan Akhlak
- Penyampaian cenderahati kepada penceramah
- Solat Isya berjemaah
- Menikmati jamuan
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa-mahasiswi adalah dialu-alukan hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama menghidupkan lagi malam Jumaat yang penuh dengan keberkatan.
Majlis Pembuka Tirai sesi 2010/2011M
Majlis bermula dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin, tahlil, doa selamat, doa tolak bala dan doa kesyukuran yang diketuai dan dibacakan oleh mahasiswa BKPBDK.
Semasa memberi ucapan, Yang Di-Pertua Penuntut, Ustaz Haji Muhammad Safwan Alwan bin Haji Aminuddin, menyeru para ahli BKPBDK untuk bekerjasama dan menyokong BKPBDK dan menegaskan bahawa setiap ahli bebas menyuarakan pendapat, nasihat dan teguran tanpa ragu-ragu demi meningkatkan lagi kualiti penuntut-penuntut Brunei di Kaherah secara spiritual, mental dan fizikal. Di kesempatan ini juga, beliau mengumumkan perlantikan ketua baru bagi Unit Agama Dan Akhlak iaitu Ustaz Abdurrahman bin Haji Emran.
Majlis ditutup dengan sesi perkongsian terbuka antara ahli jawatankuasa BKPBDK dan ahli-ahli BKPBDK serta solat ‘Isya berjemaah.
Pembayaran Yuran
Mahasiswa dan mahasiswi bolehlah membuat pembayaran kepada :
Bendahari 1 - Nur Rusydiah Binti Hj Ibrahim - Imarah 11, Syaqah 903, Raba'ah ElAdawiyah (bagi yang tinggal di Raba'ah ElAdawiyah)
Bendahari 2 - Siti Mutiah Bte Hj Ismail - Imarah 4, Syaqah 92, Syabab ElMohandessien (bagi yang tinggal di Syabab ElMohandessien termasuk mahasiswa dan mahasiswi Cairo University dan Ma'had Qiraat Syubra)
Hari : Jumat (22hb Oktober 2010)
Jam : 2pm-5pm
Yuran : LE200 (Biasiswa KDYMM)
LE60 (Persendirian)
LE25 (Kecemasan - untuk penuntut baru sahaja)
















