Wednesday, October 20, 2010

Majlis Pembuka Tirai sesi 2010/2011M


Kaherah – Pada 9hb Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 17hb Oktober 2010M, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah (BKPBDK) telah mengadakan Majlis Pembuka Tirai bagi sesi 2010/2011M. Majlis tersebut mengambil tempat di Markas Putera, Raba’ah El-Adaweyya dan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa BKPBDK yang baru.

Majlis bermula dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin, tahlil, doa selamat, doa tolak bala dan doa kesyukuran yang diketuai dan dibacakan oleh mahasiswa BKPBDK.



Semasa memberi ucapan, Yang Di-Pertua Penuntut, Ustaz Haji Muhammad Safwan Alwan bin Haji Aminuddin, menyeru para ahli BKPBDK untuk bekerjasama dan menyokong BKPBDK dan menegaskan bahawa setiap ahli bebas menyuarakan pendapat, nasihat dan teguran tanpa ragu-ragu demi meningkatkan lagi kualiti penuntut-penuntut Brunei di Kaherah secara spiritual, mental dan fizikal. Di kesempatan ini juga, beliau mengumumkan perlantikan ketua baru bagi Unit Agama Dan Akhlak iaitu Ustaz Abdurrahman bin Haji Emran.



Majlis ditutup dengan sesi perkongsian terbuka antara ahli jawatankuasa BKPBDK dan ahli-ahli BKPBDK serta solat ‘Isya berjemaah.






Disediakan oleh : Nasriah Ruslan.

0 comments:

Powered By Blogger