Makluman Ma'rad Kutub
Tarikh : 30hb - 13hb Februari.
Tempat : Ma’rad Al-Qaherah Ad-Dauli Lil-Kitab.
Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
Rehlah Sinai/Sharm Elsheikh
- 6 hingga 9 Februari 2010
- Bayaran 100US
Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 31hb Januari kepada Yang Di Pertua Penuntut Mohd Yaasir Bin Dr Hj Ibrahim.
Sekian harap maklum.
Saturday, January 16, 2010
Selamat menempuh imtihan! Selamat bermujahadah!
“Dan persiapkanlah untuk menentang mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan dari kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, agar dengan persiapan itu gerunlah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu.” (Al-Anfal : 60)
Sunday, January 3, 2010
MAJLIS SOLAT HAJAT SEBELUM MENEMPUH PEPERIKSAAN DAN MAJLIS SOLAT HIFZI BERJEMAAH
Hari : Khamis
Tarikh : 7hb Januari 2010M bersamaan dengan
21hb Muharram 1431H
Aturcara majlis adalah seperti berikut:
• Solat Maghrib berjemaah
• Solat Hajat berjemaah
• Solat Hifzi berjemaah
• Solat Isya berjemaah
• Menikmati jamuan
(bagi siapa yang ingin membawa makanan adalah dialu-alukan)
Saturday, December 26, 2009
PUASA SUNAT HARI ASYURA’.
Unit Agama dan Akhlak sukacita memaklumkan bahawa bersempena dengan kedatangan Hari Asyura’ pada tahun ini iaitu 10hb Muharram 1431H bersamaan dengan 27hb Disember 2009M pada Hari Ahad ini, mahasiswa-mahasiswi adalah dianjurkan untuk berpuasa sunat Hari ‘Asyura. Yang mana fadhilat berpuasa pada hari tersebut dihapuskan dosa setahun sebelumnya. sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Radhiyallahu’anhu berkata:
Maksudnya : “ Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa hari Asyura’, Beliau menjawab,” Dapat menghapuskan dosa 1 tahun sebelumnya.” . (Hadith riwayat Muslim)
Puasa Asyura’ seharusnya disertai puasa pada hari kesembilannya iaitu Hari Sabtu 9hb Muharram 1431H bersamaan 26hb Disember 2009M ia dinamakan juga dengan Hari Tasyu’a.Berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:
Maksudnya : “ Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda:” “Apabila aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku juga akan berpuasa pada hari sembilannya (Muharram)”(Hadith riwayat Muslim)
Dapat dilihat bahawa baginda bermaksud akan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram. Baginda juga memerintahkan untuk berpuasa satu hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram dan satu hari setelahnya iaitu hari ke-11 Muharram untuk menyelisihi puasanya orang-orang Yahudi.Sebagaimana dalam sebuah hadith Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang bermaksud:
“Berpuasalah kamu pada hari Asyura’ dan selisihilah kaum Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)
Orang-orang Yahudi biasa berpuasa pada hari ke-10 ( hari Asyura’) saja. Kerana pada hari itulah Nabi Musa ‘Alaihissalam dan kaumnya diselamatkan dari kejaran Fir’aun. Dan pada hari itu juga ditenggelamkan Fir’aun dan tenteranya. Orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 ini sebagai tanda rasa syukur mereka kepada Allah kerana telah menyelamatkan Nabi Musa ‘Alaihissalam dan kaumnya serta menghancurkan Fir’aun dan tenteranya. Sehingga bagi mereka kejadian ini merupakan nikmat yang diaunegerahkan Allah kepada orang-orang Yahudi.
















