Tuesday, October 12, 2010

Majlis Intikhabat sesi 2010/2011M.


JUMA'AT, 8hb Oktober 2010M bersamaan 29hb Syawal 1431H, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah melalui Ahli Jawatankuasa Penyelaras Majlis Intikhabat telah berjaya mengadakan Majlis Intikhabat bagi sesi 2010/2011M dan Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang bagi sesi 2009/2010M. Majlis mengambil tempat di Markaz Putera pada jam 3.45 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Puan Latifah bte Hj Zaini, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir, selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis Intikhabat diadakan pada setiap tahun bagi memilih Ahli Jawatankuasa Baru Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah yang akan menerajui badan tersebut. Ahli Jawatankuasa BKPBDK terdiri daripada Yang Di-Pertua Penuntut, Naib Yang Di-Pertua Penuntut, Setiausaha 1 dan 2, Bendahari 1 dan 2, ketua-ketua serta naib-naib Unit Agama dan Akhlak, Unit Pelajaran dan Penerangan, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Unit Sukan. Pemilihan adalah dibuat secara undian oleh setiap mahasiswa-mahasiswi BKPBDK.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi Majlis, Ustaz Abdul Rahman bin Hj Awang, diikuti ucapan Yang di-Pertua Penuntut sesi 2009/2010M, Ustaz Md Yaasir bin Hj Ibrahim serta ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, Puan Latifah bte Hj Zaini. Pada pendapat beliau, perlantikan AJK adalah satu peluang untuk menguji keupayaan serta kebolehan seorang mahasiswa-mahasisiwi itu menjadi pemimpin. Pada pendapat beliau lagi, perlantikan tersebut dapat mengasah bakat-bakat ataupun "skills" mahasiswa-mahasiwi untuk menjadi ketua dan melatih kepimpinan seseorang itu dalam membuat keputusan untuk orang lain apabila menjadi ketua nanti. Tambah beliau lagi, menjadi AJK merupakan persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Antara lain, beliau juga ada menasihati para mahasiswa-mahasiswi BKPBDK agar sentiasa mempertingkatkan lagi keyakinan diri, berani tampil kehadapan dan tidak malu dalam mengongsikan pendapat mahupun cadangan dalam apa jua bentuk perbincangan.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah penyerahan fail-fail BKPBDK kepada AJK BKPBDK baru sesi 2010/2011M, penyampaian sijil pelajar cemerlang sesi pengajian 2009/2010M serta pengumuman markah rumah-rumah sukan sesi 2009/2010M oleh Ketua Unit Sukan sesi 2009/2010M,
Ustaz Md Saifullah bin Hj Bolhassan. Rumah Panglima telah berjaya mengutip markah tertinggi bagi keseluruhan aktiviti-aktivi anjuran BKPBDK sejurus dinobatkan sebagai juara. Manakala rumah Pahlawan ditempat kedua, diikuti oleh rumah Laksamana di tempat ketiga.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada mustagid dan mustagidah terbaik sesi 2009/2010M. Ustaz Abdur-Rahman bin Hj Emran telah dianugerahkan sebagai 'mustagid terbaik' apabila berjaya mengutip undi terbanyak, manakala anugerah 'mustagidah terbaik' telah diberikan kepada Ustazah Nasriah bte Ruslan.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Unit Agama dan Akhlak baru, Ustaz Md Fikri bin Hj Sharbini. Majlis berakhir dengan jamuan serta sesi bergambar.

Ahli Jawatankuasa Baru Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah bagi sesi 2010/2011M.

Yang Di-Pertua Penuntut
Hj Md Safwan Alwan bin Hj Aminuddin

Naib Yang Di-Pertua Penuntut
Nurul Huda bte Abd Hamid

Setiausaha 1
Md Nur Hafiz bin Hj Ramlee

Setiausaha 2
Nooraaslizza bte Hussin

Bendahari 1
Nur Rusydiah bte Hj Ibrahim

Bendahari 2
Siti Muti'ah bte Hj Ismail

Ketua Unit Agama dan Akhlak
Mohammad Fikri bin Hj Sharbini

Naib Ketua Unit Agama dan Akhlak
Syairah bte Hj Salim

Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan
Abdul Rahman bin Haji Awang

Naib Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan
Hjh Nurzafirah bte Hj Kadir

Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan
Abdul Qawiy bin Hj Ismail

Naib Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan
Nuralisah @ Nur Nabilah bte Md Alizam Teo

Ketua Unit Sukan
Ak Mohammad Daud bin Pg Matassan

Naib Ketua Unit Sukan
Nor Rajiah bte Aji


"Alfu Mabruk dan selamat menjalankan tugas!"

Read more...

Thursday, October 7, 2010

Majlis Intikhabat bagi Sesi 2010/2011M Dan Penyampaian Sijil-sijil Pelajar Cemerlang Sesi 2009/2010M.

Semua mahasiswa dan mahasiswi di jemput hadir pada :

Tarikh : 8hb oktober 2010M
Jam : 3.30pm
Hari : Jumaat
Tempat : Markas Putera (Syaah 106, Imarah 86)

Kehadiran biskita adalah amat di harapkan.

Read more...

Monday, October 4, 2010

Minggu Ta'aruf sesi 2010/2011M

Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah telah mengadakan 'Minggu Suai Kenal' bagi penuntut-penuntut baru sesi 2010/2011M pada 27hb September 2010M hingga 30hb September 2010M. Majlis pembukaan minggu ta'aruf tersebut telah diadakan di Markaz Putera. Seramai 31 orang penuntut telah dihantar pada tahun ini melalui biasiswa Jabatan Pengajian Islam, biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Islam Sultan Syarif 'Ali serta penuntut persendirian.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah Majlis Penutup Minggu Suai Kenal yang telah diadakan pada 30hb September 2010M bertempat di Markaz Putera selepas sembahyang Fardhu Magrib berjama'ah.


Ucapan daripada wakil Mustagid, Ustaz Mohammad Nazerul Wafiq bin Hj Mohd Hussin.

Ucapan daripada wakil Mustagidah,Hjh Siti Nurul Hazwani bte Hj Mohd Yusof.

Ucapan Pengerusi Majlis, Ustaz Md Nurhafiz bin Hj Ramlee.

Ucapan serta nasihat-nasihat berguna telah disampaikan oleh tetamu kehormat Majlis, Ustaz Md Asbliee bin Hj Ali.

Persembahan nasyid daripada 18 orang mustagid turut menyerikan lagi suasana majlis pada malam itu.

Alunan tausyeh dipersembahkan oleh 13 orang mustagidah.

Sesi sual kenal antara senior dan junior.

Majlis penyampaian hadiah kepada penuntut baru telah disempurnakan oleh Yang Mulia tetamu kehormat majlis.

Majlis perasmian majalah 'Raudhah' telah disempurnakan oleh Yang Mulia tetamu kehormat majlis.

Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh wakil mustagid, Ustaz Muhammad Azrin bin Haji Asri.

Wajah-wajah ceria para mustagid dan mustagidah. Ahlan Wasahlan Bikum!

Read more...

Thursday, July 15, 2010

Public Training - Hakikat Ilmu Mawarits.

Badan Otonom Kajian WIHDAH-PErsatuan Pelajar & Mahasiswa Indonesia (WIHDAH-PPMI) Mesir Masa bakti 2010-2011 telah menjemput semua mahasiswi BKPBDK untuk turut hadir dalam program yang akan mengupas tentang posisi wanita dalam ilmu mirats.

Tempat: Aula Wisma Nusantara
Hari: Jumat pukul 1.30 ptg hingga 8 malam

Trainer - Ust Mohd Jabal Alamsyah (Lc. universiti AlAzhar & Kandidat Universiti Sultan Shariff Ali, Brunei. Pendiri Majelis Al-Mawarits dan Master Trainer Syajarah Al-Mirats)

Pembicara - Syeikh Dr. Atia Abdul Maujud (Dosen Feqh Mawarits, Universiti AlAzhar)


Bayaran adalah sebanyak 10LE.

Tarikh akhir pendaftaran; 15hb Julai 2010.

Sila hubungi - Salma 0167112492/0144091526, Masyithah 0194934027 atau Fauziyah 0160131984

Read more...

Tuesday, July 6, 2010

Para Mahasiswa-mahasiswi
BKPBDK

Ada beberapa makluman:

1. Kepada mana-mana mahasiswa/wi yang belum menyerahkan borang balik ke tanahair, hendaklah dihantar kepada pegawai ataci pelajaran dan kebudayaan (Ustaz Aziman) dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk menyerahkan kepada beliau di Kedutaan, maka boleh lah dihantar kepada Naib Yang Di Pertua (Norsalwana) atau Setiausaha 1 (Ahmad Syafiq).

2. Bagi mana-mana mahasiswa/wi yang ingin pergi keluar Kaherah pada bila-bila masa, hendaklah memaklumkan pegawai ataci pelajaran dan kebudayaan (Ustaz Aziman) melalui email aziman.zaman@gmail.com atau sekurang-kurangnya memaklumkan Yang Di Pertua Penuntut (Mohammad Yaasir) dengan menyatakan tarikh serta tempoh keberadaan di luar Kaherah.

3. Untuk makluman semua, Kedutaan Brunei Darussalam akan menerima kedatangan seorang pegawai baru iaitu Hj Karim. Layanan yang istimewa daripada semua para mahasiswa/wi adalah sangat digalakkan, semoga dengan bertambahnya pegawai di Kedutaan kita akan memeriahkan lagi suasana kehidupan para mahasiswa/wi di bumi Mesir ini, amin.

4. Insyaa Allah pada 14 Julai 2010, majlis doa selamat bagi hari keputeraan KDYMM akan diadakan di rumah TYT Duta Besar. Semua mahasiswa/wi yang masih berada di Kaherah pada tarikh tersebut adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Kenderaan akan disediakan dan makluman lebih lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Perhatian dari semua pihak adalah sangat kami harapkan dan tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa saya ingin mengucapkan selamat pulang kepada semua mahasiswa/wi yang telah/akan balik. Didoakan agar abiskita akan mendapat cuti yang berfaedah, Amin.

Sekian.

Read more...
Powered By Blogger