Friday, October 16, 2009

MAJLIS INTIKHABAT AJK BKPDK 2009/2010M DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG 2008/2009M.

Hari: Jumaat.
Jam: 3.30 Petang.
Tarikh: 16 Oktober 2009M.
Tempat: Markas Putera. ( Bangunan 86, Rumah 106).

Semua mahasiswa dan mahasiswi di wajibkan hadir.

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Gambar sepanjang Minggu Suai Kenal bagi penuntut baru sessi pengajian 2009/2010M yang telah diadakan pada 30hb september hingga 2hb oktober lalu.


Read more...

Sunday, September 13, 2009

Haflu At Takharruj




11 September 2009M, 21 Ramadhan 1430H, Nile Hotel Kaherah, Mesir, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK) telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang bagi graduan-graduan yang telah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir sesi 2008/2009M.

Majlis besar-besaran itu dihadiri oleh Imam Besar Sheikh Al-Azhar, Dr. Mohammad Sayyed Tantawi selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ke majlis tersebut Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Dato Ishak bin Abdullah dan isteri, Duta Besar Myanmar dan isteri, Duta Besar Vietnam, Atachi Pelajaran Republik Indonesia, pegawai-pegawai kedutaan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga graduan serta mahasiswa-mahasiswi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Duta Besar Negara Brunei Darussalam dan diteruskan dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis, Dr. Mohammad Sayyed Tantawi. Turut berucap di majlis tersebut ialah wakil graduan, Muhammad Saifullah bin Awg.Tengah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil oleh tetamu kehormat majlis, Sheikh al-Azhar Dr. Mohammad Sayyed Tantawi kepada 22 orang graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Graduan terdiri daripada 5 mahasiswa dan 17 mahasiswi yang telah mengikuti Kursus Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa Arab.

Majlis Konvokesyen para graduan Azhari adalah antara projek tahunan Badan Kebajikan Penuntut dengan kerjasama Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah yang mula diadakan semula pada tahun lepas. Ianya bertujuan untuk menghargai para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di bumi anbiya ini.

Bagi memberkati majlis bacaan doa kesyukuran di sampaikan oleh wakil graduan, Muhammad Asrul Nizam bin Haji Ahmad. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai serta majlis berbuka puasa.



Mohamad Saifullah bin Awang Tengah

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

BKPBDK

Dimaklumkan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam yang sedang bercuti di Brunei pada masa ini supaya akan dapat menghantarkan keputusan peperiksaan masing-masing ke email Tuan Aziman bin Zaman, Ataci Pelajaran & Kebudayaan iaitu aziman.zaman@gmail.com.

Sekian terima kasih dan harap maklum.

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang ke 63 tahun.










Read more...
Powered By Blogger