Saturday, November 20, 2010

Majlis Sambutan Aidil Adha 2010

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha,Unit Agama Dan Akhlak telahpun mengadakan sambutan Maljis Hari Raya Aidil Adha pada 9 Zulhijjah 1431h bersamaan dengan 15 November 2010m, Hari Isnin,bertempat di Markas Putera BKPBDK. Majlis tersebut berlangsung kira-kira pada jam 2.45 petang sejurus sahaja para tetamu kehormat tiba.

Majlis di mulakan dengan bacaam surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh Ustaz Mohd Adham bin Hashim.
Ucapan dari Ketua Unit Agama dan Akhlak, Ustaz Abdurrahman bin Hj Emran.

Ucapan dari tetamu kehormat majlis, Ataci Pelajaran dan Penerangan di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam Di Republik Arab Mesir, Yang Mulia, Ustaz Haji Aziman bin Haji Zaman.

Beliau mengucapkan tahniah dan mabruk mu'addam kepada AJK BKPBDK kerana berjaya mengendalikan majlis seumpama itu, dan juga berharap agar apa-apa rancangan yang telah di atur untuk masa yang akan datang akan dapat dilaksanakan dengan baik, insyaAllah. Tambah beliau bahawasanya, tanpa ada usaha tidak akan terjadi apa-apa acara sedemikian.

Hari Arafah ialah hari dimana berkumpulnya umat islam di bumi Arafah,untuk bersatupadu dan menerima hajji yang mabrur. Apa yang disarankan oleh ustaz ialah untuk memperbanyakkan doa,dan jelasnya lagi bahawa ada dua malam hari raya yang dimustajabkan doa, iaitu hari raya Aidil Adha dan hari raya Aidil Fitri.

Ustaz juga ada menasihati sebagai penuntut Brunei,hendaklah ingat tiga perkara,iaitu bersaudara, kekeluargaan,dan kerahsian untuk mengutuhkan lagi keselamatan penuntut-penuntut Brunei di Kaherah agar tidak ada kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Tambah beliau lagi, kita mesti ada sifat 3B iaitu berani, bersedia dan bijaksana. Maksud beliau adalah berani tampil kehadapan,misalnya didalam majlis-majlis orang yang kita hadiri,apabila kita disuruh mengepalai tahlil,doa selamat dan sebagainya,kita hendaklah berani dan jangan hanya mengharapkan orang lain dan berkaku diri kerana masyarakat tahu akan kelebihan penuntut-penuntut agama. Yang kedua adalah Bersedia dalam apa jua ilmu, kerana boleh saja masyarakat akan bertanya pada mahasiswa dan mhasiswi mengenai dengan isu-isu semasa misalanya hukum-hakam dalam perbuatan seharian. Manakala sifat ketiga ialah sifat bijaksana, matang dalam membuat keputusan dan sebagainya, agar tidak timbul isu-isu yang tidak patut-patut.

Nasihat beliau lagi adalah mengenai dalam tatatertib berpakaian,supaya mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi terbiasa dengan kesopanan berpakaian dan penampilan berpakaian sesuai pada tempatnya.

Ustaz Aziman juga menyarankan apabila selesai sahaja sembahyang maghrib nanti untuk bertakbir lebih lama,bagi sama-sama menyemarakkan lagi malam kesatuan umat islam iaitu malam Hari Raya Aidil Adha.

Majlis diteruskan dengan pertandingan membaca khutbah Juma'at.


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pertandingan menterjemah teks bahasa melayu kepada teks bahasa arab.


Akhir sekali, majlis diteruskan dengan pertandingan forum yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Md Ayza Azrine bin Ayahani.

Ulasan-ulasan dan keputusan pertandingan telah diperdengarkan oleh Ketua Jama'ah Hakim, Ustaz Md Yaasir bin Haji Ibrahim


Penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada peserta yang bertanding serta
penyampaian sijil-sijil kepada hakim-hakim pertandingan.

Majlis ditutup dengan bacaaan doa selamat oleh Ketua Unit Agama Dan Akhlak, Ustaz Abdurrahman bin Haji Emran.
"Semoga segala amalan kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selamat Hari Raya 'Aidil Adha."

0 comments:

Powered By Blogger