Saturday, November 20, 2010

Read more...

Majlis Sambutan Aidil Adha 2010

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha,Unit Agama Dan Akhlak telahpun mengadakan sambutan Maljis Hari Raya Aidil Adha pada 9 Zulhijjah 1431h bersamaan dengan 15 November 2010m, Hari Isnin,bertempat di Markas Putera BKPBDK. Majlis tersebut berlangsung kira-kira pada jam 2.45 petang sejurus sahaja para tetamu kehormat tiba.

Majlis di mulakan dengan bacaam surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh Ustaz Mohd Adham bin Hashim.
Ucapan dari Ketua Unit Agama dan Akhlak, Ustaz Abdurrahman bin Hj Emran.

Ucapan dari tetamu kehormat majlis, Ataci Pelajaran dan Penerangan di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam Di Republik Arab Mesir, Yang Mulia, Ustaz Haji Aziman bin Haji Zaman.

Beliau mengucapkan tahniah dan mabruk mu'addam kepada AJK BKPBDK kerana berjaya mengendalikan majlis seumpama itu, dan juga berharap agar apa-apa rancangan yang telah di atur untuk masa yang akan datang akan dapat dilaksanakan dengan baik, insyaAllah. Tambah beliau bahawasanya, tanpa ada usaha tidak akan terjadi apa-apa acara sedemikian.

Hari Arafah ialah hari dimana berkumpulnya umat islam di bumi Arafah,untuk bersatupadu dan menerima hajji yang mabrur. Apa yang disarankan oleh ustaz ialah untuk memperbanyakkan doa,dan jelasnya lagi bahawa ada dua malam hari raya yang dimustajabkan doa, iaitu hari raya Aidil Adha dan hari raya Aidil Fitri.

Ustaz juga ada menasihati sebagai penuntut Brunei,hendaklah ingat tiga perkara,iaitu bersaudara, kekeluargaan,dan kerahsian untuk mengutuhkan lagi keselamatan penuntut-penuntut Brunei di Kaherah agar tidak ada kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Tambah beliau lagi, kita mesti ada sifat 3B iaitu berani, bersedia dan bijaksana. Maksud beliau adalah berani tampil kehadapan,misalnya didalam majlis-majlis orang yang kita hadiri,apabila kita disuruh mengepalai tahlil,doa selamat dan sebagainya,kita hendaklah berani dan jangan hanya mengharapkan orang lain dan berkaku diri kerana masyarakat tahu akan kelebihan penuntut-penuntut agama. Yang kedua adalah Bersedia dalam apa jua ilmu, kerana boleh saja masyarakat akan bertanya pada mahasiswa dan mhasiswi mengenai dengan isu-isu semasa misalanya hukum-hakam dalam perbuatan seharian. Manakala sifat ketiga ialah sifat bijaksana, matang dalam membuat keputusan dan sebagainya, agar tidak timbul isu-isu yang tidak patut-patut.

Nasihat beliau lagi adalah mengenai dalam tatatertib berpakaian,supaya mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi terbiasa dengan kesopanan berpakaian dan penampilan berpakaian sesuai pada tempatnya.

Ustaz Aziman juga menyarankan apabila selesai sahaja sembahyang maghrib nanti untuk bertakbir lebih lama,bagi sama-sama menyemarakkan lagi malam kesatuan umat islam iaitu malam Hari Raya Aidil Adha.

Majlis diteruskan dengan pertandingan membaca khutbah Juma'at.


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pertandingan menterjemah teks bahasa melayu kepada teks bahasa arab.


Akhir sekali, majlis diteruskan dengan pertandingan forum yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Md Ayza Azrine bin Ayahani.

Ulasan-ulasan dan keputusan pertandingan telah diperdengarkan oleh Ketua Jama'ah Hakim, Ustaz Md Yaasir bin Haji Ibrahim


Penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada peserta yang bertanding serta
penyampaian sijil-sijil kepada hakim-hakim pertandingan.

Majlis ditutup dengan bacaaan doa selamat oleh Ketua Unit Agama Dan Akhlak, Ustaz Abdurrahman bin Haji Emran.
"Semoga segala amalan kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selamat Hari Raya 'Aidil Adha."

Read more...

Kuiz sempena Aidil Adha anjuran UPDP

SOALAN KUIZ:
  1. Bilakah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien ditubuhkan?
  2. Siapakah Nabi yang menyembelih anaknya? Lalu anaknya itu menjadi apa?
  3. Apakah binatang-bintatang yang boleh dikorbankan?
  4. Apakah syarat-syarat binatang korban dan cara-cara penyembelihan?
  5. Berapakah umur Nabi Ibrahim Alaihissalam ketika dikurniakan anak lelaki (Nabi Ismail Alaihissalam) ?
  6. Bilakah hari-hari Tasyriq? Dan apakah fadhilat Solat Sunat Adha itu diawalkan?
  7. Apakah perbezaan Qurban dan Aqiqah?
  8. Apakah hukum memberikan kulit atau daging kepada si penyembelih sebagai upah?
  9. Apakah hukum korban bagi pihak orang lain?
  10. BKPBDK telah mengadakan Majlis korban pada 17hb November 2010. Nyatakan binatang-binatang yang dikorbankan dan jumlahnya serta siapa penyembelihnya?

Penghantaran jawapan;

Email kepada: stylo_098@hotmail.com (Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan)

Tarikh mula : 20hb November 2010 ( Sabtu )
Tarikh tutup : 25hb November 2010 ( Khamis)



Read more...

Monday, November 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1429H

Allah berfirman dalam Surah AlKauthar: "Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah(qurban)"

**كل عام وأنتم بخير**

Read more...

Friday, November 12, 2010

Majlis Hari Raya Aidiladha

Unit Agama Dan Akhlak akan mengadakan majlis tersebut di atas pada:

Tarikh: 9hb Zulhijjah 1431H bersamaan dengan 15hb November 2010M
Hari: Isnin
Tempat: Markas Putera (Bangunan 86, Rumah 106)
Jam: 2.30 petang


Aturcara :
2.30 petang
Kehadiran Ahli Jawatankuasa BKPBDK sesi 2010/2011M serta mahasiswa-mahasiswi

2.45 petang
: Kehadiran Tetamu Kehormat Majlis
: Solat Asar berjemaah
: Bacaan Surah Al-Fatihah
: Ucapan Ketua Unit Agama Dan Akhlak sesi 2010/2011M
: Ucapan Tetamu Kehormat Majlis
: Pertandingan Khutbah Jum’at
: Pertandingan Terjemahan
: Pertandingan Forum
: Majlis berehat sebentar
: Ulasan hakim-hakim dan pengumuman keputusan pertandingan
: Penyampaian hadiah, sijil dan cenderahati
: Doa Penutup
: Solat Maghrib berjemaah
: Takbir Hari Raya Aidiladha
: Menikmati jamuan
: Majlis bersurai

Semua mahasiswa dan mahasiswi adalah dialu-alukan hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini. Di atas kerjasama dan kesudian yang hadir pada majlis itu nanti, ahli Unit Agama Dan Akhlak tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga kita mendapat rahmat, taufiq dan hidayat-Nya jua. Amin.

**كل عام وأنتم بخير**

Read more...

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Hal Ehwal Ugama

RABU, 19 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 27hb Oktober 2010M, berlangsungnya majlis ramah mesra bersama Menteri Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini berlangsung di Saraya Hall, Intercontinental Hotel, City Stars.


Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Ustazah Syairah Bte Hj Salim, manakala tafsiran nya pula dibaca oleh Ustazah Syaimaa Bte Ruslan.

Upacara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Yang Di-pertua Penuntut, Ustaz Hj Mohd Safwan Alwan Bin Hj Aminuddin.

Seterusnya dijemput pula Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama,Negara Brunei Darussalam,untuk memberikan ucapan dan nasihat.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid gabungan mahasiswa tahun 1 hingga 4 yang membawakan nasyid bertajuk "Brunei Tanah Airku"

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang masing-masing yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian Cendera Hati kenang-kenangan atas lawatan Yang Berhormat Ke Mesir disampaikan oleh Yang Dipertua Penuntut.

Bacaan doa selamat di ketuai oleh Ustaz Abdurrahman Bin Haji Emran,Ketua Unit Agama dan Akhlak,BKPBDK.

Di kesempatan ini juga, para mahasiwa-mahasiswi tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Pihak Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para mahasiswa-mahasiwi yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di sini. Pihak badan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abiskita semua diatas segala kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan selama mana abiskita berada disini. Pihak badan juga ingin mendoakan agar abiskita semua sentiasa beroleh kejayaan dimasa-masa akan datang InsyaAllah. Selamat berjuang demi negara agama dan watan.


Read more...

Friday, November 5, 2010


Read more...

Tuesday, November 2, 2010

Aktiviti Unit Sukan BKPBDK 2010/2011M

Badan Kebajikan Penuntut Brunei Di Kaherah telahpun memulakan perlawanan sukan tahunan bagi mahasiswa dan mahasiswi BKPBDK. Setiap penuntut dibahagikan kepada tiga buah rumah iaitu Taming, Patarana dan Nakara. Antara perlawanan yang sedang dan akan dijalankan adalah perlawanan bola sepak, bola jaring, badminton, bowling dan pingpong.



Tarikh bagi perlawanan tersebut;

  • 1hb, 2hb dan 10hb November 2010 (8.00 malam) - bola sepak & bola jaring
  • 5hb November 2010 (7.00 pagi) - badminton
  • 8hb November 2010 (2.30 petang) - bowling & pingpong
  • 20hb November 2010 (8.00 pagi) - bola jaring (perlawanan akhir)
  • 27hb November 2010 - Sukan Muhibbah

Perlawanan ini bertempat di;

  • Hayyu Sadis, Markas Syabab - bola sepak, bola jaring & badminton
  • Panorama - bowling & pingpong
  • Markas Syabab, Hayyu Sadis - Sukan Muhibbah


Read more...

Kelas Bahasa Ammi 2010











Read more...

Monday, November 1, 2010

Read more...
Powered By Blogger