Friday, April 3, 2009

UKDK

28hb Mac, Markas Putera - Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan acara tahunan BKPBDK iaitu 'Bazaar Amal' pada sabtu lepas. Acara dimulakan pada jam 10 pagi sejurus selepas kehadiran tetamu kehormat majlis iaitu, Setiausaha kedua di Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Puan Latifah bte Hj Zaini.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ketua UADA, dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua UKDK. Kemudian ucapan dari Yang Di-Pertua Penuntut BKPBDK dan ucapan tetamu dari kehormat majlis, beliau juga merasmikan logo BKPBDK yang baru.

Acara seterusnya ialah penghakiman peraduan Kraftangan, Fotografi, Sudut Kreatif, Gubahan, Masakan dan Kuih-muih diantara rumah-rumah sukan. Sementara itu aktiviti mewarna bagi anak-anak pegawai kedutaan juga diadakan.

Selesai acara menghakimi, majlis dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu asli brunei, hasil gabungan dari ahli-ahli rumah sukan.

Kemudian, tetamu kehormat majlis dijemput menyampaikan hadiah peraduan-peraduan yang dianjurkan UKDK serta pemenang mencipta logo.

Jualan Bazar Amal 2009M pun bermula setelah selesai penyampaian hadiah.

Photobucket


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

0 comments:

Powered By Blogger