Tuesday, March 31, 2009

BKPBDK

Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan mahasiswa-mahasiswi persendirian yang ingin pulang ke tanahair selepas peperiksaan semester kedua nanti hendaklah mengisi borang yang telah disediakan dan borang tersebut hendaklah di hantar selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penerbangan.

Untuk makluman kepada mahasiswa-mahasiswi bahawa tarikh balik semula ke negara ini adalah pada 25hb September 2009M (*tertakluk kepada perubahan).

Bagi mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama hendaklah melapor ke Bahagian Latihan Dan Dermasiswa, Jabatan Pengajian Islam. Manakala mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kementerian Pertahanan hendaklah melapor ke Unit Biasiswa Bangunan K18, Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison BB3510 dan bagi pemegang Dermasiswa Yayasan (SHHB) hendaklah melapor ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sehubungan dengan ini, mahasiswa-mahasiswi Dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah melaporkan diri selewat-lewatnya seminggu dari tarikh ketibaan di tanahair.

Borang permohonan tersebut hendaklah di ambil terus daripada Mohd Azrol Azman bin Hj Ahmad (Syabab) dan Noorhanizah bte Taha (Rabaah). Dan di atas kerjasama dan keperihatinan mahasiswa-mahasiswi mengenai perkara di atas tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.

0 comments:

Powered By Blogger