Friday, November 18, 2011

Makluman Penukaran Nama-Nama Jawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah Sesi 2011/2012M


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PER: MAKLUMAN PENUKARAN NAMA JAWATAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH SESI 2011/2012M 

               Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2011/2012M telah sebulat suara untuk menukar nama-nama jawatan yang sedia ada kepada yang baru. Berikut adalah senarai nama-nama jawatan yang diubah:

Jawatan Perubahan
Yang Di-Pertua Penuntut ~> Presiden 
Naib Yang Di-Pertua Penuntut ~> Naib Presiden
Setiausaha 1 ~> Setiausaha Agung 1
Setiausaha 2 ~> Setiausaha Agung 2
Bendahari 1 ~> Bendahari Agung 1
Bendahari 2 ~> Bendahari Agung 2
Unit Sukan ~> Unit Sukan dan Kesihatan

          Manakala bagi jawatan Unit Agama dan Akhlak, Unit Pelajaran dan Penerangan dan Unit Kebajikan dan Kemasyrakatan akan dikekalkan seperti yang sedia ada. 

Sekian untuk makluman.  
 
والسلام 
"Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber"


Yang Benar,

('ABDUL QAWIY BIN HJ ISMAIL)
Presiden
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam
Di Kaherah sesi 2011/2012




Read more...

Thursday, November 17, 2011

Majlis Ibadah Korban Tahun 1432 Hijrah

Hari Isnin
11 Zulhijjah 1432H / 7 November 2011 M
Tempat: Belakang Imarah 11, Rabaah El-'Adawiyah

Pada pukul 6.45 pagi, mahasiswa-mahasiswi BruCai telah berkumpul di tempat yang disebutkan untuk sama-sama melakukan dan mengungkayahkan majlis ibadah korban yang dianjurkan oleh unit UADA. Turut dijemput untuk menyempurnakan penyembelihan binatang-binatang korban ialah ustaz-ustaz dari Negara Malaysia.


 
Daging korban yang akan diagih-agihkan.
Menikmati jamuan pada waktu malam.


Read more...

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidiladha

Hari Sabtu
 9 Zulhijjah 1432H / 5 November 2011M 
Tempat : Markas Putera
Waktu: 5.45 Petang

Malam Hari Raya Aidiladha.
Lafaz takbir Raya.



Selepas selesai majlis betakbir, Ketua UADA menerangkan
dan mengagihkan tugas-tugas bagi setiap rumah
sempena majlis Ibadah korban yang akan dilakukan 2 hari kemudian

.

Read more...

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Besar UPDP

Hari Khamis
7 Zulhijjah 1432H / 3 November 2011M
Waktu: 3.30 petang

Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Tuan Haji Kamis Bin Hj Aji, Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam Di Republik Arab Mesir.
Sebanyak 3 acara yang akan dipertandingkan, iaitu:
-  Pertandingan  تعبير الأفلام
- Public Speaking Competition
- Pertandingan Menghasilkan Video

Kehadiran tetamu kehormat.

  
Seperti lazimnya, acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah
 dari ketua UADA.
Ucapan dari tetamu kehormat.
 
Rehat dan menikmati makanan ringan selepas menunaikan
 Sembahyang Fardhu Maghrib.

Acara diteruskan lagi dengan pertandingan Public Speaking dan Pertandingan menghasilkan Video.


Salah seorang peserta Public Speaking.
Sedikit sedutan daripada video yang dipertandingkan.
Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat.


 Pemenang bagi setiap kategori:
                   - تعبير الافلام
                                  Pertama :    Rumah Helang Perkasa
                                  Kedua :      Rumah Singa Satria
                                  Ketiga :      Rumah Wira Tebuan

                    - Public Speaking 


                                  Pertama :    Rumah Helang Perkasa
                                  Kedua :      Rumah Singa Satria
                                  Ketiga :      Rumah Wira Tebuan

                     - Menghasilkan Video 

                                  Pertama :  Rumah Wira Tebuan
                                  Kedua :    Rumah Singa Satria
                                  Ketiga :    Rumah Helang Perkasa

Gambar ramai ahli-ahli UPDP

"SEMARAK BAHASA MENJANA MAHASISWA INTELEKTUAL"

 

Read more...

Asian Diplomats' Wives Association Charity Bazaar


Hari Selasa
5 Zulhijjah 1432 Hijrah / 1 November 2011 Masehi
 Dewan Conrad Hotel
Waktu: 10 pagi - 3.30 petang

Suasana bazaar di dalam Hotel tersebut.
Ahli perwakilan dari Brunei Darussalam.
Antara kuih-muih yang dijual.




Barang-barang lain yang turut dipamerkan.

Read more...

Sunday, November 6, 2011

Laporan Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3

Hari Sabtu
2 Zulhijjah 1432 Hijrah / 29 Oktober 2011 Masehi


 MADINAT NASR, KAHERAH - Seramai 31 orang mahasiswa-mahasiwi BruCai telah mengikuti majlis Simaa' Ahadith El-Kutub Es-Sittah siri ke-3 yang bertempat di Nadi Madinat Nasr Er-Riyadhi, yang mana majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Majlis tersebut adalah kesinambungan dari tahun lepas dan pada tahun ini alhamdulillah telah diadakan selama 3 hari (29/10 - 31/10) dan sehari (2/11) telah diadakan acara Hi-Tea bersama Masyaikh el-Azhar esy-Syarif dan Majlis Apresiasi bagi Mahasiswa tahun akhir.Majlis ini secara tidak langsung membuka peluang bagi para mahasiswa-mahasiwi BruCai untuk bertalaqqi dan menceduk ilmu pengetahuan daripada Syeikh-Syeikh di sini bukan setakat di dalam kuliah sahaja.

        Sementara menunggu kehadirah Masyayeikh el-Azhar esy-Syarif, peserta-peserta terlebih dahulu diberi taklimat Disiplin dan Protokol. Kemudian Ustaz Khairul Nizam meberikan sedikit perkongsian mengenai penulis hadith Nusantara yang terkenal iaitu Fadhilah Syeikh Doktor Muhammad Idris 'Abdurrauf bin Ja'far el-Azhari el-Marbawi yang mana kitabnya bertajuk 'Bahrul Mazi' . Penulis kitab ini berasal dari Perak, Malaysia yang berjaya menghasilkan 11 jilid (22 Juz) kitab hadith ketika umurnya mencecah 64 tahun. Semoga kita dapat mencontohi semangat beliau dalam berusaha menuntut ilmu lebih-lebih lagi dalam penulisan buku kita sendiri agar ianya memberi manfat kepada generasi yang akan datang.

            Selepas ketibaan Masyaikh el-Azhar es-Syarif, majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah al-Fatihah dan sedikit kata-kata aluan daripada Presiden PMRAM 2011 dan pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan galakan daripada Masyayeikh el-Azhar esy-Syarif; Syeikh Aiman 'Aid Abd. Halim Muhammad el-Haggar, Syeikh Ahmed Nabawi Ahmed Makhluf, Syeikh Yahya el-Kattani dan Fadhilah Syeikh Jamal Farouq Jibril Mahmod.Setelah itu, acara diteruskan dengan Majlis Perasmian bagi Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang diketuai oleh Fadhilah Syeikh Jamal Farouq.

              Pembacaan hadith pertama dimulakan dari hadith ke-3190, bab bad'ul halqi, kitab Sohih Bukhari yang dibacakan oleh Syeikh Usamah es-Said Mahmood Muhammad el-Azhari di sebelah pagi dan pembacaan hadith kedua di sebelah petang yang dibacakan oleh Fadhilah Syeikh Jamal Farouq dan Syeikh Muhammad Ibrahim 'Abd Ba'iith.Majlis juga diselang-selikan dengan alunan burdah dan qasidah.

               Dengan ini, diharapkan majlis yang diadakan ini mencapai matlamatnya iaitu dapat memupuk mahasiswa yang cintakan hadith Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, melahirkan generasi yang mampu memahami hadith dengan baik dan membentuk golongan berilmu di kalangan mahasiswa.Selain itu mampu mencapai misi yang ingin diterapkan ke dalam mahasiswa-mahasiswi BruCai iaitu "Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber." Wallahu a'lam.


Keadaan Majlis Pembacaan Kutub Sittah:






Wartawan -
         Ustazah Hjh Siti Nur Hazwani Bte Hj Md Yussof,
         Tahun 2 Usuluddin,
         Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
 

Read more...
Powered By Blogger