Laporan Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-3
Hari Sabtu
2 Zulhijjah 1432 Hijrah / 29 Oktober 2011 Masehi
MADINAT NASR, KAHERAH - Seramai 31 orang mahasiswa-mahasiwi BruCai telah mengikuti majlis Simaa' Ahadith El-Kutub Es-Sittah siri ke-3 yang bertempat di Nadi Madinat Nasr Er-Riyadhi, yang mana majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Majlis tersebut adalah kesinambungan dari tahun lepas dan pada tahun ini alhamdulillah telah diadakan selama 3 hari (29/10 - 31/10) dan sehari (2/11) telah diadakan acara Hi-Tea bersama Masyaikh el-Azhar esy-Syarif dan Majlis Apresiasi bagi Mahasiswa tahun akhir.Majlis ini secara tidak langsung membuka peluang bagi para mahasiswa-mahasiwi BruCai untuk bertalaqqi dan menceduk ilmu pengetahuan daripada Syeikh-Syeikh di sini bukan setakat di dalam kuliah sahaja.
Sementara menunggu kehadirah Masyayeikh el-Azhar esy-Syarif, peserta-peserta terlebih dahulu diberi taklimat Disiplin dan Protokol. Kemudian Ustaz Khairul Nizam meberikan sedikit perkongsian mengenai penulis hadith Nusantara yang terkenal iaitu Fadhilah Syeikh Doktor Muhammad Idris 'Abdurrauf bin Ja'far el-Azhari el-Marbawi yang mana kitabnya bertajuk 'Bahrul Mazi' . Penulis kitab ini berasal dari Perak, Malaysia yang berjaya menghasilkan 11 jilid (22 Juz) kitab hadith ketika umurnya mencecah 64 tahun. Semoga kita dapat mencontohi semangat beliau dalam berusaha menuntut ilmu lebih-lebih lagi dalam penulisan buku kita sendiri agar ianya memberi manfat kepada generasi yang akan datang.
Selepas ketibaan Masyaikh el-Azhar es-Syarif, majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah al-Fatihah dan sedikit kata-kata aluan daripada Presiden PMRAM 2011 dan pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan galakan daripada Masyayeikh el-Azhar esy-Syarif; Syeikh Aiman 'Aid Abd. Halim Muhammad el-Haggar, Syeikh Ahmed Nabawi Ahmed Makhluf, Syeikh Yahya el-Kattani dan Fadhilah Syeikh Jamal Farouq Jibril Mahmod.Setelah itu, acara diteruskan dengan Majlis Perasmian bagi Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang diketuai oleh Fadhilah Syeikh Jamal Farouq.
Pembacaan hadith pertama dimulakan dari hadith ke-3190, bab bad'ul halqi, kitab Sohih Bukhari yang dibacakan oleh Syeikh Usamah es-Said Mahmood Muhammad el-Azhari di sebelah pagi dan pembacaan hadith kedua di sebelah petang yang dibacakan oleh Fadhilah Syeikh Jamal Farouq dan Syeikh Muhammad Ibrahim 'Abd Ba'iith.Majlis juga diselang-selikan dengan alunan burdah dan qasidah.
Dengan ini, diharapkan majlis yang diadakan ini mencapai matlamatnya iaitu dapat memupuk mahasiswa yang cintakan hadith Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, melahirkan generasi yang mampu memahami hadith dengan baik dan membentuk golongan berilmu di kalangan mahasiswa.Selain itu mampu mencapai misi yang ingin diterapkan ke dalam mahasiswa-mahasiswi BruCai iaitu "Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber." Wallahu a'lam.
Keadaan Majlis Pembacaan Kutub Sittah:
Wartawan -
Ustazah Hjh Siti Nur Hazwani Bte Hj Md Yussof,
Tahun 2 Usuluddin,
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
0 comments:
Post a Comment