Jemputan Untuk Mengikuti Program Falukah
Sukacita di maklumkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menyertai program yang tersebut diatas bahawa program tersebut akan berlangsung pada:
Hari: Juma’at
Tarikh: 23hb April 2010
Jam: 8.00am (5 ke 6 jam)
Tiket: L.E. 15
Program tersebut dianjurkan oleh Hazem (driver kedutaan) yang berasal dari Nubia, salah satu puak/kawasan di selatan Mesir. Puak tersebut ingin mempamerkan tradisi-tradisi mereka kepada para peserta-peserta. Program tersebut akan diadakan di dalam kapal.
Program 5 ke 6 jam tersebut akan bermula dari kawasan kournesh Tahrir (*akan dimaklumkan kemudian). Semua peserta akan menaiki kapal besar dan akan bertolak menuju ke satu tempat bernama El-Kanatir (kalau tidak silap). Solat Jumaat akan dilaksanakan pada salah sebuah masjid di El-Kanatir.
Bagi mana-mana mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menyertai program tersebut, boleh lah mendaftarkan diri kepada Setiausaha 1 atau 2 BKPBDK, Ahmad Syafiq bin Haji Osman atau Taahirah binti Haji Suleiman dengan membawa wang sebanyak L.E.15. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Ahad, 18hb April 2010, jam 2.00 petang.
Sekian, harap maklum.
Sunday, April 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment