Perlawanan Akhir Dan Merebut Tempat Ketiga Kejohanan Futsal Jemputan 2010M Anjuran BKPBDK
Hari & Tarikh : RABU / 28hb April 2010M
Jam : 09.00 malam
Tempat : Naadi Layaalil Mahrusah, Awal Makram ‘Abid, Madinat Nasr
Perlawanan futsal yang akan diadakan pada hari tersebut adalah seperti yang berikut:-
PERLAWANAN MEREBUT TEMPAT KETIGA : SABAH ‘A’ VS BRUNEI ‘B’
PERLAWANAN AKHIR : SABAH ‘B’ VS SINGAPURA ‘B’
Untuk makluman, tiket masuk adalah sebanyak 1 L.E bagi setiap seorang.
Thursday, April 22, 2010
Sunday, April 18, 2010
Jemputan Untuk Mengikuti Program Falukah
Sukacita di maklumkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menyertai program yang tersebut diatas bahawa program tersebut akan berlangsung pada:
Hari: Juma’at
Tarikh: 23hb April 2010
Jam: 8.00am (5 ke 6 jam)
Tiket: L.E. 15
Program tersebut dianjurkan oleh Hazem (driver kedutaan) yang berasal dari Nubia, salah satu puak/kawasan di selatan Mesir. Puak tersebut ingin mempamerkan tradisi-tradisi mereka kepada para peserta-peserta. Program tersebut akan diadakan di dalam kapal.
Program 5 ke 6 jam tersebut akan bermula dari kawasan kournesh Tahrir (*akan dimaklumkan kemudian). Semua peserta akan menaiki kapal besar dan akan bertolak menuju ke satu tempat bernama El-Kanatir (kalau tidak silap). Solat Jumaat akan dilaksanakan pada salah sebuah masjid di El-Kanatir.
Bagi mana-mana mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk menyertai program tersebut, boleh lah mendaftarkan diri kepada Setiausaha 1 atau 2 BKPBDK, Ahmad Syafiq bin Haji Osman atau Taahirah binti Haji Suleiman dengan membawa wang sebanyak L.E.15. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Ahad, 18hb April 2010, jam 2.00 petang.
Sekian, harap maklum.
Saturday, April 17, 2010
Saturday, April 10, 2010
KEJOHANAN BOLA JARING DAN FUTSAL PIALA JEMPUTAN 2010M, ANJURAN BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH
Unit Sukan akan mengadakan Kejohanan Bola Jaring dan Futsal antara negara-negara anjuran Unit Sukan BKPBDK sesi 2009/2010M. Antara tujuan sukan ini selain daripada mengisi masa lapang dengan melakukan riadhah, ianya juga bertujuan untuk merapatkan hubungan ukhwah sesama mahasiswa/wi Brunei Darussalam dan sesama mahasiswa/wi negara luar.
Acara berkenaan akan berlangsung pada:
Bola Jaring
Hari & Tarikh : JUMAAT / 16hb April 2010M*
Jam : 09.00-11.00 Pagi*
Tempat : Markas Syabab, Hayyu Sadis*
*tertakluk kepada sebarang perubahan
Futsal
Hari & Tarikh : JUMAAT / 16hb April 2010M
Jam : 07.00 – 10.00 malam
Tempat : Naadi Layaalil Mahrusah, Awal Makram ‘Abid, Madinat Nasr
Untuk makluman, tiket masuk untuk menyaksikan perlawanan Futsal akan dikenakan bayaran sebanyak 1 L.E bagi setiap seorang.
Friday, April 9, 2010
Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah mengikuti kelas Bahasa Arab selama lima minggu di International Language Institute (ILI) di Mohandisin, bersama dengan 3 dari 6 guru yang sedang berkursus.
Tuesday, April 6, 2010
Lawatan Sambil Belajar, bhg.2
Read more...