Tuesday, March 31, 2009

BKPBDK

Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan mahasiswa-mahasiswi persendirian yang ingin pulang ke tanahair selepas peperiksaan semester kedua nanti hendaklah mengisi borang yang telah disediakan dan borang tersebut hendaklah di hantar selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penerbangan.

Untuk makluman kepada mahasiswa-mahasiswi bahawa tarikh balik semula ke negara ini adalah pada 25hb September 2009M (*tertakluk kepada perubahan).

Bagi mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama hendaklah melapor ke Bahagian Latihan Dan Dermasiswa, Jabatan Pengajian Islam. Manakala mahasiswa-mahasiswi pemegang Dermasiswa Kementerian Pertahanan hendaklah melapor ke Unit Biasiswa Bangunan K18, Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison BB3510 dan bagi pemegang Dermasiswa Yayasan (SHHB) hendaklah melapor ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sehubungan dengan ini, mahasiswa-mahasiswi Dermasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah melaporkan diri selewat-lewatnya seminggu dari tarikh ketibaan di tanahair.

Borang permohonan tersebut hendaklah di ambil terus daripada Mohd Azrol Azman bin Hj Ahmad (Syabab) dan Noorhanizah bte Taha (Rabaah). Dan di atas kerjasama dan keperihatinan mahasiswa-mahasiswi mengenai perkara di atas tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.

Read more...

LOGO


Pengengertian Logo

Masjid: Melambangkan syiar Islam bagi seluruh umat Islam. Ia juga sebagai tempat berjemaah dan sebagai tanda perpaduan.Yang mana dengan adanya perpaduan ianya dapat menguatkan hubungan ukhwah sesama muslim.Termasuklah sifat tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, sifat toleransi dan optimis sesama mereka.

Al-Quran: Melambangkan pegangan utama Ahli Sunnah wal-Jamaah. Al-Quran juga menyatakan didalamnya untuk berpegang-sama dengan Sunnah, kerana kedua-dua sumber ini adalah menjadi rujukan muhim intelek Islam yang berkaliber dalam semua aspek kehidupan.

Bulan Sabit : Adalah sebagai lambang cahaya kehidupan.Dengan adanya cahaya islam yang benar dan cahaya ilmu yang luas, ianya mempunyai satu sinaran hala tuju sebenar didalam kehidupan dan sekaligus dapat menghindari dari segala kesesatan and kegelapan.Maka tidak sia-sialah kita hidup sebagai seorang muslim di dunia dan akhirat.

Bintang: Sebagai simbol intelektual dan melambangkan harapan dan cita-cita.

Warna -

Kuning: Melambangkan keceriaan.

Merah: Melambangkan keberanian dan kemegahan.

Hijau: Melambangkan keislaman dan keamanan.

Biru: Melambangkan ketenangan.

Logo hasil ciptaan - Abdul Azim bin Haji Ismail.

Read more...

Thursday, March 19, 2009

Majlis Unit Agama Dan Akhlak

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Brunei Essay Writing Competition

The Brunei Times through its newspaper's edu@BT is inviting all residents of the Sultanate to showcase their writing abilities in an Essay Writing Competition.

Bruneian students studying abroad are invited to participate as well.

With this year's National Day theme "Kedewasaan Bernegara", students, teachers and the general public can submit their entries in the three categories on the respective topics:

Primary School: Topic: What I Like Most About My School And Country
Essay to be no more than 200 words.

Secondary School: Topic: How I Like To See My Country In The Next 25 Years
Essay to be no more than 400 words.

Open: Topic: How We Can Help Brunei Darussalam Realise Vision 2035
Essay to be between 600 - 800 words.

** 3 Grand prizes and 50 consolation prizes will be awarded to the winners of each category.

Source by The Brunei Times *click for more info and online form*





Read more...

Monday, March 9, 2009

UADA

MAJLIS PEMBUKA DIKIR MAULUD

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket





MAJKLIS PENUTUP DIKIR MAULUD


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

Friday, March 6, 2009

UADA

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam

Dengan hormat dan takzim, sukacita dimaklumkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi bahawa Unit Agama dan Akhlak akan mengadakan majlis tersebut di atas pada :

Tarikh : 16 Rabiulawal 1430 H bersamaan dengan 13 Mac 2009 M
Hari : Jumaat
Jam : 6.30 malam
Tempat : Markas Putera

Sehubungan dengan perkara ini, semua mahasiswa dan mahasiswi adalah dijemput hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama meraikan dan menyemarakkan lagi majlis sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Kehadiran biskita adalah sangat-sangat diharapkan dan tidak lupa diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Read more...

Wednesday, March 4, 2009

US

Gambar sepanjang aktiviti 'indoor games' Unit Sukan .
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

UADA

MAJLIS DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM

Tarikh : 05hb Mac 2009M bersamaan dengan
08hb Rabiulawal 1430H
Hari :
Khamis
Tempat :
Markaz Putera

Aturcara majlis :
- Solat Maghrib berjemaah
- Bacaan dikir & doa dikir
- Bacaan doa kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke 25 tahun
- Solat Isya’ berjemaah.

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM

Tarikh : 08hb Mac 2009M bersamaan dengan 11hb Rabiulawal 1430H
Hari : Ahad ( malam Isnin )
Tempat : Markaz Putera

Aturcara majlis : - Solat Maghrib berjemaah
- Ceramah
- Solat Isya’ berjemaah
- Bacaan dikir & doa dikir


Semua mahasiswa dan mahasiswi adalah dialu-alukan untuk hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama menyemarakkan lagi hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Di atas kerjasama dan kesudian yang hadir pada majlis itu nanti, ahli Unit Agama dan Akhlak tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga kita mendapat Syafa’at daripadaNya jua. Amin.

Read more...
Powered By Blogger