Saturday, December 26, 2009

PUASA SUNAT HARI ASYURA’.

Unit Agama dan Akhlak sukacita memaklumkan bahawa bersempena dengan kedatangan Hari Asyura’ pada tahun ini iaitu 10hb Muharram 1431H bersamaan dengan 27hb Disember 2009M pada Hari Ahad ini, mahasiswa-mahasiswi adalah dianjurkan untuk berpuasa sunat Hari ‘Asyura. Yang mana fadhilat berpuasa pada hari tersebut dihapuskan dosa setahun sebelumnya. sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Radhiyallahu’anhu berkata:
Maksudnya : “ Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa hari Asyura’, Beliau menjawab,” Dapat menghapuskan dosa 1 tahun sebelumnya.” . (Hadith riwayat Muslim)

Puasa Asyura’ seharusnya disertai puasa pada hari kesembilannya iaitu Hari Sabtu 9hb Muharram 1431H bersamaan 26hb Disember 2009M ia dinamakan juga dengan Hari Tasyu’a.Berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:

Maksudnya : “ Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda:” “Apabila aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku juga akan berpuasa pada hari sembilannya (Muharram)”(Hadith riwayat Muslim)

Dapat dilihat bahawa baginda bermaksud akan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram. Baginda juga memerintahkan untuk berpuasa satu hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram dan satu hari setelahnya iaitu hari ke-11 Muharram untuk menyelisihi puasanya orang-orang Yahudi.Sebagaimana dalam sebuah hadith Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang bermaksud:

Berpuasalah kamu pada hari Asyura’ dan selisihilah kaum Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Orang-orang Yahudi biasa berpuasa pada hari ke-10 ( hari Asyura’) saja. Kerana pada hari itulah Nabi Musa ‘Alaihissalam dan kaumnya diselamatkan dari kejaran Fir’aun. Dan pada hari itu juga ditenggelamkan Fir’aun dan tenteranya. Orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 ini sebagai tanda rasa syukur mereka kepada Allah kerana telah menyelamatkan Nabi Musa ‘Alaihissalam dan kaumnya serta menghancurkan Fir’aun dan tenteranya. Sehingga bagi mereka kejadian ini merupakan nikmat yang diaunegerahkan Allah kepada orang-orang Yahudi.

والله أعلم، إن لله الراجعون

Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Doa Akhir Tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar penghujung tahun hijrah) dan doa Awal Tahun dibaca selepas menyempurnakan Solat Fardu Maghrib awal tahun hijrah. Dengan ini disertakan bersama cara-cara membaca doa akhir dan awal tahun hijrah:

1 أستغْفرُ الله العظيم الذي لآ اله إلاّ هو الحيُّ القيُّومُ وأتوُبُ إليهِ (7 كالي)


2 سورة الفاتحة


3 أستغْفرُ الله العظيم إنّهُ كان غفّارا (7 اتو 21 كالي)


4 أستغْفرُ الله العظيم إنّهُ كان توّابا (7 اتو 21 كالي)


5 لآ اله إلا أنت سُبْحانك إنِّي كُنْتُ مِن الظّالِمين (7 اتو 21 كالي)


6 دعاء


دعاء أخير تاهون هجره

بِسم الله الرّحمنِ الرّحيمِ

الحمدُ لله ربِّ العالمين، وصلّى اللهُ على سيِّدنا محمّدٍ وعلى اله وصحبه وسلّم، الّلهُمّ ما عملْنا في هذه السّنةِ ممّا نهيْتنا عنهُ فلم نتُبْ منه ولم ترْضهُ, ولم تنْسهُ, وحلُمْت علينا بعد قُدْرتك على عقُوبتنا إلى التّوبة منْه بعد جُرْأتنا على معصيتك فإنّنا نستغفِرُك فاغْفرْلنا،وما عملْنا فيها ممّا ترْضاه ووعدْتنا عليه الثّواب، فنسألُك اللّهُمّ يا كريمُ يا ذاالجلالِ والإكرامِ أن تتقبّله,منّا ولا تقطعْ رجآءنا منك يا كريمُ، وصلى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى ءاله وصحبِه وسلّم والحمدُ لله ربّ العالمين




دعاء اول تاهون هجره

بِسم الله الرّحمنِ الرّحيمِ

الحمدُ لله ربِّ العالمين، والصّلاةُ والسّلامُ على سيّدنا محمّدٍ أشرف المُرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. اللهمّ أنت الأبدىُّ القديمُ الأولُ، وعلى فضْلك العظيمِ وجوُدِك المُعوّلِ، وهذا عام جديد قد أقْبل علينا، نسألُك العِصْمة فيه مِن الشّيطانِ الرّجيمِ وأوليآءِهِ وجنوُده والعوْن على هذِهِ النّفسِ الأمّارةِ بالسُّوءِ والإشْتِغالِ بما يُقرّبُنآ إليك زُلْفى يل ذاالجلالِ والإكرامِ يا أرحم الرّاحمين، وصلى الله على سيّدنا محمّد الّنّبيِّ الأمّىِّ و على ءاله وصحبِه وسلّم والحمدُ لله ربِّ العالمين.



Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini nanti hidup kita akan lebih banyak dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik dan semoga Allah menjauhkan kita dari perkara-perkara maksiat, Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

Read more...

Saturday, December 12, 2009

Takbir Hari Raya Aidil Adha (26hb November)

Read more...

Thursday, December 3, 2009

Sukan Muhibbah BKPBDK 2009M.
(21hb November)

Juara Keseluruhan : Rumah Laksamana
Kedua : Rumah Panglima
Ketiga : Rumah Pahlawan





















Read more...

Monday, November 30, 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha (Usrah Syabab)

Semua mahasiswa dan mahasiswi di jemput hadir.

Hari : Rabu (2hb Disember)
Tempat : Imarah 15 Syaqah 11, Syabab Al-Mohandessein (Kediaman Ak Fairuz Zakry)
Jam : 12.30pm - 10pm

Read more...

Friday, November 27, 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha (Usrah Raba'ah)

Semua mahasiswa dan mahasiswi di alu-alukan hadir.

Hari : 29hb November (Ahad)
Tempat : Markas Putera.
Jam : 5.30 petang.

Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Majls Malam Takbir Hari Raya Aidiladha


Hari : Khamis
Tarikh : 26hb November 2009M bersamaan dengan
10hb Zulhijjah 1430H
Jam : 6:00 petang
Tempat : Markas Putera, Syaah 106, Imarah 86.

Aturcara : Solat Isya berjemaah
: Takbir Hari Raya
: Menikmati Jamuan

Semua mahasiswa dan mahasiswi adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama melaungkan takbir sebagai tanda rasa kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Read more...

Friday, November 20, 2009

Sukan Muhibbah Anjuran Unit Sukan 2009/2010M.


Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa mahasiswi Brunei Darussalam di Kaherah dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan Sukan Muhibbah Anjuran Unit Sukan sesi 2009/2010 pada :

Hari : Sabtu

Tarikh : 21hb November 2009M

Jam : 7.00 pagi

Bertempat : Markas Syabab, Hayyu Sadis.

Dengan itu Unit Sukan tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran para mahasiswa dan mahasiswi.


Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Gambar aktiviti Unit Pelajaran Dan Penerangan pada 14hb November.















Read more...
Powered By Blogger