Tuesday, December 30, 2008

UADA

Sukacita dimaklumkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswa bahawa Unit Agama dan Akhlak akan mengadakan MAJLIS SOLAT HIFZI yang akan diadakan pada 1 hb Januari 2009 iaitu hari Khamis pada jam 7.00 malam. Tempat telah ditentukan yang mana bagi Usrah Raba'ah bertempat di Markas Putera manakala Usrah Syabab pula di Markas Puteri.


Atas kerjasama dan kesudian abiskita untuk hadir ke majlis tersebut, Unit Agama dan Akhlak tidak lupa melupakan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, Harap Maklum.

Read more...

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H

Semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang ber HIJRAH,
Hijrah dari kekufuran nikmat menjadi syukur nikmat,
Hijrah dari kejahilan ke berilmu,
Hijrah dari kefasikan menjadi ahlu ibadah,
Hijrah dari kemiskinan hati kepada kelapangan qalbu,
Hijrah dari kemiskinan harta pada keberlimpahan rezki yang barakah,
Hijrah dari keterpasungan duniawi kepada kecintaan pada Sang Rabb,
Semoga kita selalu dalam redha Allah SWT, dan
di tahun yang baru ini lebih meningkat syukur dan amal ibadah kita.

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

UADA

Sukacita dimaklumkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi bahawa Unit Agama dan Akhlak akan mengadakan MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA MENEMPUH PEPERIKSAAN secara usrah seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis ini akan diadakan pada 25hb Disember ini, jam 4.45 petang. Tempat akan ditentukan oleh ketua setiap usrah.


Read more...

Saturday, December 20, 2008

BKPBDK

Untuk makluman mahasiswa dan mahasiswi, penghantaran trunk telah ditunda kepada 21hb Disember 2008 (Ahad) jam 8.00 pagi.

Ingin juga dimaklumkan kepada semua mahasiswa, bahawa abiskita semua digalakkan untuk turut serta bersama ahli jawatan kuasa yang lain sebagai pengawas bagi sama-sama melicinkan urusan pada hari itu.
Dan di atas kerjasama abiskita tidak lupa di ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,harap maklum.

Read more...

Friday, December 12, 2008

Majlis Korban

Read more...

Thursday, December 11, 2008

UADA

7hb Disember, Markas Putera - Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha majlis bertakbir telah diadakan pada pukul 730 malam dimulai dengan bacaan tahlil, dan kemudian diteruskan dengan laungan takbir dari mahasiswa-mahasiswa  yang diketuai oleh Ketua Unit Agama & Akhlak, Mohd Yaasir Bin Hj Ibrahim. 


8hb Disember, Imarah 11 - Majlis penyembelihan binatang korban di mulakan kira-kira pada pukul 11 pagi iaitu sebanyak 12 ekor kambing dan 2 ekor sapi, majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran semua mahasiswa dan mahasiswi, pegawai-pegawai embassy serta keluarga.

9hb Disember, Imarah 11 - Seawal jam 8 pagi, 6 ekor sapi telah berjaya ditumbangkan. Rewang telah di buat di Markas Puteri dan beberapa buah rumah penuntut.

Alhamdulillah sambutan ibadah korban pada tahun ini amat mengalakkan dari tahun-tahun sebelumnya sebagai tanda syukur kita kepada Allah. Sepertiga daripada jumlah daging telah diagih-agihkan kepada asnaf fakir miskin di kawasan terdekat, sepertiga kepada peserta korban dan sepertiga yang lain diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Peserta korban adalah di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi.

Read more...

Friday, December 5, 2008

BKPBDK

Makluman kepada penghantar-penghantar trunk supaya dapat menyediakan butir-butir keterangan seperti berikut;

1. Nama pemohon trunk.
2. Nama wakil yang mengendalikan trunk.
3. Alamat lengkap penghantaran ke Negara Brunei Darussalam.
4. Alamat lengkap penghantaran di Republik Arab Mesir.
5. Nombor telefon rumah / telefon bimbit (jika ada).
6. Nombor bilangan kuantiti berserta senarai kandungan.
7. Wang sebanyak 180 US Dollar (persendirian).
*tertakluk kepada perubahan


Serahkan kepada Setiausaha I atau Setiausaha II BKPBDK sessi pengajian 2008/2009M seminggu sebelum tarikh penghantaran trunk iaitu pada hari Jumaat(19hb Disember 2008M).

**Diharap supaya akan dapat bersedia dan memaklumkan sebarang perubahan lebih awal agar urusan penghantaran trunk tersebut akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas kerjasama biskita.

Read more...

UPDP

Perlantikan "Mursyid"

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pelajaran dan Penerangan sesi 2008/2009M ingin memberikan peluang kepada mahasiswa-mahasiswi Brunei Darussalam di Kaherah tahun dua,tiga dan empat untuk menjadi mursyid di sepanjang tahun ini.

Tujuan perlantikan ini adalah untuk memberikan peluang kepada para mursyid bagi persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan setelah tamat belajar nanti.

Bagi mahasiswa-mahasiswi yang berkeinginan untuk belajar bersama mursyid yang telah dilantik hendaklah berhubung terus kepada
mursyid mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, disertakan senarai nama-nama mursyid yang telah dilantik bagi tahun ini :


USUL FIQH (TAHUN SATU) :
- MD ASBLIEE BIN HJ MOHD ALI


FIQH
(TAHUN SATU) :
- MD SAIFULLAH BIN AWG TENGAH

TAUHID (TAHUN SATU) :
- AWG MD NAQIB BIN HJ AWANG

UMUM (SYARIAH TAHUN SATU) :
- ABDUL ‘AZIM BIN HJ ISMAIL
- AHMAD SYAFIQ BIN HJ OSMAN


TASMIE’ AL-QUR’AN (UMUM) :
- MD AZIM BIN AWG HJ ALI
- MD YAASIR BIN HJ IBRAHIM
- HJH NORUMI SALWA BTE HJ AWG TUAH
- SITI REHMAH BTE TASIM
- RABIHAH BTE HJ ABIDIN


NAHU (UMUM) :
- DK NURUL MAJEEDAH BTE PG HJ HAMDAN
- SITI NORSHAH BTE HJ ABDUL HAMID
- SITI RADHIYAH BTE HJ ABD MUTALIF


SARF (UMUM) :
- NORISMAH BTE HJ ABD MAJID

FIQH (TAHUN SATU):
- DK SYAMIMI RAMIZAH BTE PG TEJUDDIN

Read more...

Thursday, December 4, 2008

BKPBDK

Assalamualaikum.

Dipohonkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berkeinginan menghantar trunk ke Brunei Darussalam supaya dapat menyediakan awal trunk biskita untuk memudahkan urusan. Mahasiswa dan Mahasiswi juga diminta untuk memaklumkan NAMA biskita kepada YDP selewat-lewatnya hari Jumat, 5hb Disember. Insya Allah surat makluman mengenai penghantaran trunk akan diedarkan kemudian.

Sekian terima kasih.

Read more...

Monday, December 1, 2008

UPDP

Makluman kepada penuntut-penuntut yang akan memperbaharui ISIC supaya dapat menyediakan;

- Sekeping gambar paspot (muka)
- Sekeping fotostat visa
- Sekeping fotostat karnih
- 2 keping gambar
- LE 85

Diminta menyerahkan kepada Mohd Naqib/Ahmad Syafiq(Rabaah) dan Salwana/Dk Nursyazwani(Syabab) selewat-lewatnya 5hb Disember hari Jumat.

Read more...

Sunday, November 30, 2008

UPDP



29hb Disember, Markas Putera - Unit Pelajaran telah mengadakan pertandingan 'Talk Show' yang mana majlis tersebut berjaya dilangsungkan bermula pada pukul 1 tengahari. Membawa tema 'Mencari Sinar Yang Sirna', Unit Pelajaran telah memilih peribahasa untuk dibincangkan dalam 'Talk Show' tersebut iaitu di antara Rumah Nakhoda Ragam, Rumah Awang Alak Betatar dan Rumah Pateh Berbai. 'Talk Show' disampaikan dalam Bahasa Melayu dan setiap rumah diberikan masa 20 minit untuk menyampaikan dengan gaya dan kreativiti rumah masing-masing.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
Pertama - Rumah Pateh Berbai. (Sejuta Warna - "Sediakan payung sebelum hujan")
Kedua - Rumah Awang Alak Betatar. (Inspirasi - "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian")
Ketiga - Rumah Nakhoda Ragam. (Wan Cha Cha Cha - "Bukit sama didaki, lurah sama dituruni")

Peserta Pilihan - Abdul Rahman dari Rumah Nakhoda Ragam.
Peserta Terbaik - Mohd Ayza Azrine dari Rumah Awang Alak Betatar.


Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dan ucapan syabas kepada Unit Pelajaran.

Read more...

Friday, November 28, 2008

Makluman UADA

Tarikh akhir pembayaran untuk ibadah korban adalah pada 2hb Disember 2008.

Abdul 'Azim bin Hj Ismail (Rabaah)
Mohd Saifullah bin Hj Bolhassan (Syabab)

Read more...

Monday, November 24, 2008

Majlis- majlis BKPBDK


Majlis Intikhabat 2008

17 Oktober 2008, Markas Putera:
Seramai enam orang mahasiswa dan lapan orang mahasiswi telah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, ringkasnya AJKBKPBDK bagi sesi 2008/2009. Tetamu kehormat majlis pada hari itu ialah Ataci Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil oleh tetamu kehormat majlis kepada Ahli Jawatan Kuasa BKPBDK sesi 2007/2008 yang lalu dan penyerahan fail-fail tugasan kepada Ahli Jawatan Kuasa BKPBDK baru sesi 2008/2009.

Keputusan lantikan AJKBKPBDK sesi 2008/2009:
Yang Di Pertua Penuntut : Ustaz Mohd Azrol Azman bin Haji Ahmad
Naib Yang Di Pertua Penuntut: Ustazah Noorhanizah bte Taha

Setiausaha 1: Ustaz Ak Ahmad Hasanuddin bin Pg Hj. Tejuddin
Setiausaha 2: Ustazah Rosfaezah bte Hj Osman

Bendahari 1: Ustazah Haryanie bte Haji Awang
Bendahari 2: Ustazah Suryani bte Pehin Khatib Hj Matassan

Ketua Unit Agama dan Akhlak: Ustaz Mohammad Yaasir bin Hj Ibrahim
Naib Ketua Unit Agama dan Akhlak: Ustazah Dyg Afizah@Nurun Najeebah Maisarah bte Awg Hj Rasit

Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan: Ustaz Awg Muhd Naqib bin Hj Awang
Naib Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan: Ustazah Norsalwana bte Hj Ibrahim

Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan: Ustaz Mohd Ayza Azrine bin Ayahani
Naib Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan: Ustazah Noor Syahiirah bte Pehin Khatib Hj
Matassan

Ketua Unit Sukan: Ustaz Mohammad Redzuan bin Meludin
Naib Ketua Unit Sukan: Ustazah Raihana bte Md Raffi


Kelas Bahasa 'Ammi
30 Oktober 2008, Markas Putera: Kelas Bahasa 'Ammi atau Bahasa Arab Mesir adalah di antara aktiviti-aktiviti yang setiap tahun dianjurkan oleh Unit Pelajaran dan Penerangan, motifnya adalah untuk mengenali dan memahirkan lagi keupayaan bertutur dalam bahasa Arab Mesir yang berbeza dengan bahasa Arab standard, khususnya dari segi kaedah dan sebutannya. Mu'allim pada hari tersebut ialah Ataci Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman.



30 Oktober 2008, sebelah petang: Kempen kedua-dua Markas Putera dan Puteri telah diadakan pada sebelah petang, 30 Oktober 2008, anjuran Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan. Kempen ini bertujuan untuk membersih dan mengemaskan lagi barang-barang yang berada di dalam markas supaya ianya nampak lebih teratur dan tersusun.



Sukan Muhibbah Tahunan

15 November 2008, Hayyu Sadis: Pada 15 November yang lalu, Unit Sukan telah mengadakan acara Sukan Muhibbah Tahunan , disertai oleh tiga buah rumah iaitu Rumah Awang Alak Betatar, Rumah Patih Berbai dan Rumah Nakhoda Ragam. Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut ialah Tuan Yang Terutama Awg Hj Muharram bin Piah, seterusnya membuka rasmi acara Sukan Muhibbah pada pagi itu.

Acara utama Sukan Muhibbah pada hari itu ialah perlawanan sukan telematch di antara ketiga-tiga buah rumah sukan dan juga acara sukan bagi anak-anak pegawai kedutaan. Majlis turut diserikan dengan acara barbeque anjuran Unit Sukan yang julung-julung kali diadakan setakat ini.

Majlis Sukan Muhibbah diakhiri dengan keputusan keseluruhan setiap rumah bagi semua acara sukan, ini termasuklah acara telematch,badminton, netball, bowling dan bolasepak. Tempat pertama dimenangi oleh Rumah Patih Berbai seterusnya mendapat anugerah "Sepanduk Tercantik", tempat kedua ialah rumah Awang Alak Betatar juga mendapat anugerah "Rumah Paling Bersemangat", manakala Rumah Nakhoda Ragam dianugerahkan "Rumah Paling Berdisiplin" seterusnya menduduki tempat ketiga keseluruhan.


Rumah Pateh Berbai (Pertama/Sepanduk Terbaik)

Rumah Awang Alak Betatar (Kedua/ Rumah Paling Bersemangat)
Rumah Nakhoda Ragam (Ketiga/Rumah Paling Berdisiplin)









Read more...
Powered By Blogger