Saturday, October 29, 2011
Thursday, October 27, 2011
Aktiviti Rehlah 2011 Masehi.
Hari Sabtu
24 Zulkaedah 1432H / 22 Oktober 2011M
Alhamdulillah BKPBDK telah mengatur lawatan khusus bagi para mustagidin dan mustagidat ke tempat-tempat bersejarah di Mesir.Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:
- Makam Anwar El-Sadat (7.30am - 7.45am)
- Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi(8.00am - 10.15am)
- Masjid&Makam Imam Syaf'ie(10.45am - 12.15pm)
- Al-Ahram@Piramid Giza(1.15pm - 4.20pm)
- Hadiqah Al-Azhar(5.00pm-7.45pm)
Wednesday, October 26, 2011
Kelas 'Ammi BKPBDK
Pada Hari Selasa, 18 Oktober 2011M/ 20 Zulkaedah 1432H, BKPBDK telah mengadakan Kelas 'ammi khusus kepada para Mustagidin dan Mustagidat. Kelas tersebut bertujuan untuk menolong Mahasiswa/Mahasiswi dalam memudahkan, memahami dan bertutur bahasa 'ammi Mesir dengan baik.
Tenaga-tenaga pengajar. Dari kiri: Ustaz Ak. Sallehan, Ustaz Yassir Ibrahim, Ustaz Shadi Ali |
Penyampaian sijil kepada salah seorang tenaga pengajar. |
Majlis Pembuka Tirai Aktiviti BKPBDK
Alhamdulillah Majlis tersebut telah berlangsung di Markas Putera pada hari Rabu, 17hb Oktober 2011M bersamaan dengan 19 Zulkaedah 1432H.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. |
Doa Selamat dibacakan oleh Muhd Faizal Lutfi Bin Abd Wahid |
Thursday, October 20, 2011
Kempen Kebersihan
Pada 15 Oktober 2011M bersamaan 17 Zulkaedah 1432H, BKPBDK telah mengadakan kempen kebersihan di markas Putera dan Puteri sempena membuat persiapan pembuka tirai aktiviti BKPBDK 2011/2012.
Maklumat pembahagian kerja-kerja pembersihan di luar pintu markas. |
Wednesday, October 19, 2011
Majlis Intikhabat Bagi Ahli Jawatankuasa Baru Sesi 2011/2012
Secara lazimnya majlis intikhabat diadakan untuk menggantikan Ajk yang lama dan seterusnya memikul tanggungjawab dan peranan sebagai ketua bahagian masing-masing.
Acara dimulakan dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan ucapan kata alu-aluan dari pengerusi Majlis, Ahmad Faiz bin Syawal.
Acara seterusnya ialah ucapan dari YDP 2010/2011, Ustaz Safwan Alwan Bin Haji Aminuddin dan juga tetamu kehormat majlis, Tuan Aziman Bin Hj Zaman.
Acara diteruskan lagi dengan pengundian calon-calon AJK BKPBDK.
Penyampaian fail-fail kepada ahli AJK yang baru, sijil-sijil penghargaan kepada ahli AJK yang lama serta Mahasiswa/ Mahasiswi yang cemerlang pada peperiksaan yang lalu.
Penyampaian cenderahati daripada pengerusi kepada tetamu kehormat majlis.
Acara diakhiri dengan bacaan doa Selamat dari Ketua UADA yang baru.
Aminn~~ |
ALFU MABRUK DIUCAPKAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA YANG TERPILIH UNTUK SESSI 2011/2012.
Gambar ramai AJK BKPBDK sessi 2011/2012 |
YDP: Abdul Qawiy Bin Ismail
NYDP: Nor Rajiah Hj Aji
SUT 1: Abdurrahman Bin Hj Emran
SUT 2: Nasriah Bte Ruslan
BENDAHARI 1: Ak. Mohd Daud Bin Pg Hj Metassan
BENDAHARI 2: Fairuz Bte Hj Abd Rahman
KETUA UADA: Mohd Shah Abd Affandi Bin Sahari
NK UADA: Syaimaa Bte Ruslan
KETUA UKDK: Mohd Adham Bin Hashim
NK UKDK: Nabilah Rosmasayu Bte Metussin
KETUA UPDP: Mohd Nazerul Wafiq Bin Hj Hussin.
NK UPDP: Nurul Munirah Bte Hj Jumat
KETUA US: Muhd Azrin Bin Hj Asri
NK US: Aimi Amalina Bte Hj Abdullah
Subscribe to:
Posts (Atom)