Monday, December 5, 2011
Sukan Muhibbah 2011/2012M
Hari Sabtu
26hb November 2011M / 1 Muharram 1433H
Jam: 6.00 pagi - 4.00 petang
Bertempat: Nadi Madinat Nasr
Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya
Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.
Turut hadir bersama Pegawai-pegawai Kedutaan, Puan Latifah binti Zaini. Tuan Karim bin Haji Bini dan Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman beserta Keluarga.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan dari Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan Sesi 2011/2012M.
Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis bagi merasmikan Sukan Muhibbah Sesi 2011/2012M.
![]() |
Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Tuan Yang Terutama Dato Paduka
Awang Haji Md Mahdi Bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato
Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman |
Seterusnya acara perbarisan lalu dari rumah-rumah sukan dan beramah mesra bersama duta.
Permainan Telematch bagi Mahasiswa:-
- Menimbang Bola Sepak (3 orang)
- Shoot it (3 orang)
- Mix Relay Berkain Pelikat (4 orang)
- Lari Pecut (4 orang)
- Makan Taya (seorang)
- Mari Meluncur (3 orang)
- Biggest Runners (3 orang)
- Atlet Cairo (seorang)
![]() |
Shoot IT! |
Permainan Telematch bagi Mahasiswi:-
- Larian Combo (3 orang)
- Baling Tin (seorang)
- Hula-Go-Around (7 orang)
- Teamwork Game (4 orang)
- Mengelecek Bola (2 orang)
- Mission Game (3 orang)
- Smash It! (seorang)
- Mix Relay (4 orang)
- Larian Berganti (3 orang)
- Netball Shooting (seorang)
Netball Shooting |
Acara bagi anak-anak Pegawai Kedutaan:-
- Mengutip gula-gula
- Meniup Belon
- Lumba Lari
- Musical Chair
Mengutip Gula-gula |
Meniup Belon |
Lumba Lari |
Musical Chair |
Kemudian acara diteruskan dengan penyampaian Hadiah dan Keputusan para pemenang.
Markah Keseluruhan Sukan Tahunan dan Sukan Muhibbah
Tempat Pertama: Helang Perkasa(477)
Tempat Kedua: Wira Tebuan(432)
Tempat Ketiga: Singa Satria(389)
TAHNIAH DAN ALFU MABRUK DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG-PEMENANG ACARA SUKAN TERSEBUT DAN SEMOGA DAPAT MELAHIRKAN MAHASISWA-MAHASIWI BERIMAN YANG SEHAT DARI SEGI JASMANI SERTA ROHANI.
*Sejurus selepas acara Sukan Muhibbah tamat, Pihak USDK telah mengadakan permainan futsal persahabatan antara Pihak duta dengan ketiga-tiga buah rumah sukan.
"العقل السليم في الجسم السليم
Labels:
USDK
Kelas Usul Fiqh Dari Ulama Arab Saudi
HARI SELASA
17 NOVEMBER 2011 / 21 ZULHIJJAH 1432H
PUKUL 12 TENGAHARI
MARKAS PUTERA
Alhamdulillah dan segala syukur ke atasNya kerana telah memberikan mahasiswa-mahasiwi BruCai peluang yang berharga untuk menghadiri kelas yang diajari sendiri oleh seorang Ulama Jeddah iaitu Adduktur Syeikh Muhammad Ismail Zaini.
Moga kehadiran beliau akan menyuntik semangat mahasiswa-mahasiswi dalam mengkaji dan mempelajari ilmu dengan lebih mendalam. Aminn~
Friday, November 18, 2011
Makluman Penukaran Nama-Nama Jawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah Sesi 2011/2012M
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PER: MAKLUMAN PENUKARAN NAMA JAWATAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH SESI 2011/2012M
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah sesi 2011/2012M telah sebulat suara untuk menukar nama-nama jawatan yang sedia ada kepada yang baru. Berikut adalah senarai nama-nama jawatan yang diubah:
Jawatan Perubahan
Yang Di-Pertua Penuntut ~> Presiden
Naib Yang Di-Pertua Penuntut ~> Naib Presiden
Setiausaha 1 ~> Setiausaha Agung 1
Setiausaha 2 ~> Setiausaha Agung 2
Bendahari 1 ~> Bendahari Agung 1
Bendahari 2 ~> Bendahari Agung 2
Unit Sukan ~> Unit Sukan dan KesihatanManakala bagi jawatan Unit Agama dan Akhlak, Unit Pelajaran dan Penerangan dan Unit Kebajikan dan Kemasyrakatan akan dikekalkan seperti yang sedia ada.
Sekian untuk makluman.
والسلام
"Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber"
Yang Benar,
('ABDUL QAWIY BIN HJ ISMAIL)
Presiden
Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam
Di Kaherah sesi 2011/2012
Thursday, November 17, 2011
Majlis Ibadah Korban Tahun 1432 Hijrah
Hari Isnin
11 Zulhijjah 1432H / 7 November 2011 M
Tempat: Belakang Imarah 11, Rabaah El-'Adawiyah
Tempat: Belakang Imarah 11, Rabaah El-'Adawiyah
Pada pukul 6.45 pagi, mahasiswa-mahasiswi BruCai telah berkumpul di tempat yang disebutkan untuk sama-sama melakukan dan mengungkayahkan majlis ibadah korban yang dianjurkan oleh unit UADA. Turut dijemput untuk menyempurnakan penyembelihan binatang-binatang korban ialah ustaz-ustaz dari Negara Malaysia.
Daging korban yang akan diagih-agihkan. |
Menikmati jamuan pada waktu malam. |
Labels:
UADA
Wednesday, November 16, 2011
Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidiladha
Hari Sabtu
9 Zulhijjah 1432H / 5 November 2011M
Tempat : Markas Putera
Waktu: 5.45 Petang
Malam Hari Raya Aidiladha. |
Lafaz takbir Raya. |
Selepas selesai majlis betakbir, Ketua UADA menerangkan dan mengagihkan tugas-tugas bagi setiap rumah sempena majlis Ibadah korban yang akan dilakukan 2 hari kemudian . |
Labels:
UADA
Subscribe to:
Posts (Atom)