Sunday, February 22, 2009

US BKPBDK

Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam Di Kaherah bahawa Unit Sukan BKPBDK akan mengadakan aktiviti INDOOR GAMES pada :

Hari : Jumaat & Sabtu
Tarikh : 27hb & 28hb Februari 2009M
Jam : 4 Petang & 1 Petang
Tempat : Markas Putera.


Sehubungan dengan itu, kehadiran abiskita amatlah dihargai bagi sama-sama menyertai dan memeriahkan aktiviti tersebut.

Sekian, Harap Maklum.

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

UPDP

Unit Pelajaran dan Penerangan ingin memaklumkan kepada mahasiswa/wi yang ingin memperbaharui visa supaya dapat memperbaharui visa abiskita sebelum tarikh mansuh. Pembaharuan visa adalah seperti biasa pada setiap hari Selasa bertempat di Ma'had Bu'us.

Sekian harap maklum.

Read more...

BKPBDK

Pembayaran kali kedua yuran tahunan BKPBDK sessi pengajian 2008/2009M akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 20hb Februari 2009M, waktu pembayaran adalah dari pukul 2 hingga 5 petang. Untuk makluman semua, pembayaran yuran tersebut hendaklah dihantar kepada bendahari BKPBDK iaitu:

1. Haryanie bte Hj Awang (Bagi kawasan Syabab El-Mohandisen)
2. Suryani bte PK Hj Matassan (Bagi kawasan Raba’ah El-Adawiyah)

Read more...

Saturday, February 14, 2009

BKPBDK

Makluman untuk ketua rumah Pateh Berbai, Nakhoda Ragam dan Awang Alak Betatar adalah tarikh akhir penyerahan logo bagi rumah-rumah sukan adalah pada 1hb Mac ini. Oleh itu:

  • Setiap rumah hendaklah menghantar sekurang-kurang 2 logo.
  • Logo hendaklah asli dan tidak mengikut mana-mana logo badan persatuan lain.
  • Logo hendaklah berukuran A4.
  • Moto bagi logo baru BKPBDK yang dipertandingkan adalah "KE ARAH PERPADUAN INTELEK ISLAM YANG BERKALIBER"
  • Logo mestilah bersesuaian dengan imej kita sebagai mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar dan berpandukan kepada moto yang telah disediakan.
  • Setiap logo hendaklah dihantar oleh ketua rumah masing-masing kepada setiausaha 1 atau setiausaha 2 BKPBDK pada hari tersebut selewat-lewatnya pada jam 8 malam.

Logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi BKPBDK dan akan dirasmikan insya Allah semasa majlis UKDK pada 21hb Mac nanti. Kesemua logo akan dihakimi oleh AJK BKPBDK dan pegawai kedutaan dan keputusan adalah muktamad.

Harap maklum.

Read more...

Monday, February 2, 2009

UPDP

31 Januari 2009 dan 1 Februari 2009: Unit Pelajaran dan Penerangan telah mengadakan satu majlis ilmu Kelas Faraidh yang mana berlangsung selama dua hari berturut-turut. Mursyid pada hari tersebut ialah Ustaz Mohammed Fauzi bin Abd Aziz, seorang graduan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang pengkhususan Usul Feqh.

Read more...
Powered By Blogger