Makluman untuk ketua rumah Pateh Berbai, Nakhoda Ragam dan Awang Alak Betatar adalah tarikh akhir penyerahan logo bagi rumah-rumah sukan adalah pada 1hb Mac ini. Oleh itu:
- Setiap rumah hendaklah menghantar sekurang-kurang 2 logo.
- Logo hendaklah asli dan tidak mengikut mana-mana logo badan persatuan lain.
- Logo hendaklah berukuran A4.
- Moto bagi logo baru BKPBDK yang dipertandingkan adalah "KE ARAH PERPADUAN INTELEK ISLAM YANG BERKALIBER"
- Logo mestilah bersesuaian dengan imej kita sebagai mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar dan berpandukan kepada moto yang telah disediakan.
- Setiap logo hendaklah dihantar oleh ketua rumah masing-masing kepada setiausaha 1 atau setiausaha 2 BKPBDK pada hari tersebut selewat-lewatnya pada jam 8 malam.
Logo yang terpilih akan dijadikan logo rasmi BKPBDK dan akan dirasmikan insya Allah semasa majlis UKDK pada 21hb Mac nanti. Kesemua logo akan dihakimi oleh AJK BKPBDK dan pegawai kedutaan dan keputusan adalah muktamad.
Harap maklum.
Read more...