Majlis Intikhabat 2008
17 Oktober 2008, Markas Putera: Seramai enam orang mahasiswa dan lapan orang mahasiswi telah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, ringkasnya AJKBKPBDK bagi sesi 2008/2009. Tetamu kehormat majlis pada hari itu ialah Ataci Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil oleh tetamu kehormat majlis kepada Ahli Jawatan Kuasa BKPBDK sesi 2007/2008 yang lalu dan penyerahan fail-fail tugasan kepada Ahli Jawatan Kuasa BKPBDK baru sesi 2008/2009.
Keputusan lantikan AJKBKPBDK sesi 2008/2009:
Yang Di Pertua Penuntut : Ustaz Mohd Azrol Azman bin Haji Ahmad
Naib Yang Di Pertua Penuntut: Ustazah Noorhanizah bte Taha
Setiausaha 1: Ustaz Ak Ahmad Hasanuddin bin Pg Hj. Tejuddin
Setiausaha 2: Ustazah Rosfaezah bte Hj Osman
Bendahari 1: Ustazah Haryanie bte Haji Awang
Bendahari 2: Ustazah Suryani bte Pehin Khatib Hj Matassan
Ketua Unit Agama dan Akhlak: Ustaz Mohammad Yaasir bin Hj Ibrahim
Naib Ketua Unit Agama dan Akhlak: Ustazah Dyg Afizah@Nurun Najeebah Maisarah bte Awg Hj Rasit
Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan: Ustaz Awg Muhd Naqib bin Hj Awang
Naib Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan: Ustazah Norsalwana bte Hj Ibrahim
Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan: Ustaz Mohd Ayza Azrine bin Ayahani
Naib Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan: Ustazah Noor Syahiirah bte Pehin Khatib Hj
Matassan
Ketua Unit Sukan: Ustaz Mohammad Redzuan bin Meludin
Naib Ketua Unit Sukan: Ustazah Raihana bte Md Raffi
Kelas Bahasa 'Ammi
30 Oktober 2008, Markas Putera: Kelas Bahasa 'Ammi atau Bahasa Arab Mesir adalah di antara aktiviti-aktiviti yang setiap tahun dianjurkan oleh Unit Pelajaran dan Penerangan, motifnya adalah untuk mengenali dan memahirkan lagi keupayaan bertutur dalam bahasa Arab Mesir yang berbeza dengan bahasa Arab standard, khususnya dari segi kaedah dan sebutannya. Mu'allim pada hari tersebut ialah Ataci Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Tuan Haji Aziman bin Haji Zaman.
30 Oktober 2008, sebelah petang: Kempen kedua-dua Markas Putera dan Puteri telah diadakan pada sebelah petang, 30 Oktober 2008, anjuran Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan. Kempen ini bertujuan untuk membersih dan mengemaskan lagi barang-barang yang berada di dalam markas supaya ianya nampak lebih teratur dan tersusun.
Sukan Muhibbah Tahunan
15 November 2008, Hayyu Sadis: Pada 15 November yang lalu, Unit Sukan telah mengadakan acara Sukan Muhibbah Tahunan , disertai oleh tiga buah rumah iaitu Rumah Awang Alak Betatar, Rumah Patih Berbai dan Rumah Nakhoda Ragam. Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut ialah Tuan Yang Terutama Awg Hj Muharram bin Piah, seterusnya membuka rasmi acara Sukan Muhibbah pada pagi itu.
Acara utama Sukan Muhibbah pada hari itu ialah perlawanan sukan telematch di antara ketiga-tiga buah rumah sukan dan juga acara sukan bagi anak-anak pegawai kedutaan. Majlis turut diserikan dengan acara barbeque anjuran Unit Sukan yang julung-julung kali diadakan setakat ini.
Majlis Sukan Muhibbah diakhiri dengan keputusan keseluruhan setiap rumah bagi semua acara sukan, ini termasuklah acara telematch,badminton, netball, bowling dan bolasepak. Tempat pertama dimenangi oleh Rumah Patih Berbai seterusnya mendapat anugerah "Sepanduk Tercantik", tempat kedua ialah rumah Awang Alak Betatar juga mendapat anugerah "Rumah Paling Bersemangat", manakala Rumah Nakhoda Ragam dianugerahkan "Rumah Paling Berdisiplin" seterusnya menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Rumah Pateh Berbai (Pertama/Sepanduk Terbaik)
Rumah Awang Alak Betatar (Kedua/ Rumah Paling Bersemangat)
Rumah Nakhoda Ragam (Ketiga/Rumah Paling Berdisiplin)
Read more...