Monday, October 18, 2010

Tahniah.

UCAPAN TAHNIAH
kepada Ustaz Abdur-Rahman bin Haji Emran kerana telah di lantik menjadi KETUA UNIT AGAMA DAN AKHLAK Baru bagi sesi pengajian 2010M/2011M.


"Semoga berjaya menjalankan tugas dengan ikhlas dan penuh amanah!"

Read more...

Saturday, October 16, 2010

Majlis Pembuka Tirai Aktiviti BKPBDK 2010/2011M

Sukacita dijemput kepada mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam di Kaherah untuk menghadirkan diri ke Majlis Pembuka Tirai Aktiviti Badan Kebajikan Penuntut Brunei Di Kaherah pada:

Hari : Ahad


Tarikh : 17hb Oktober 2010


Jam : 5:00 petang


Tempat : Markaz Putera



Antara aturcara majlis yang akan dijalankan nanti adalah:

  • Solat Maghrib dan’ Isya berjemaah
  • Membaca Yassin dan tahlil
  • Doa kesyukuran dan tolak bala
  • Jamuan


Oleh yang demikian, BKPBDK sangat mengalu-alukan kehadiran biskita untuk sama-sama menyokong dan mempertingkatkan lagi BKPBDK ini.


"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Read more...

Thursday, October 14, 2010

Kempen Kebersihan BKPBDK 2010/2011

Kempen kebersihan secara besar-besaran bagi Markas Putera dan Puteri, BKPBDK bagi sesi 2010/2011 masihi.


Tarikh : 15hb Oktober 2010.
Hari : Jumaat
Jam : 3.30 petang
Tempat: Markas Putera dan Puteri.

Semua mahasiswa dan mahasiswi diwajibkan hadir mengikuti kempen kebersihan ini untuk sama-sama melancarkan kerja-kerja pembersihan bagi Markas BKPBDK. Setiap Unit akan dibahagikan seperti berikut:

Markas Putera - Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKDK) & Unit Sukan (US)

Markas Puteri - Unit Pelajaran dan Penerangan (UPDP) & Unit Agama dan Akhlak (UADA)

Read more...

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Intikhabat sesi 2010/2011M.


JUMA'AT, 8hb Oktober 2010M bersamaan 29hb Syawal 1431H, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah melalui Ahli Jawatankuasa Penyelaras Majlis Intikhabat telah berjaya mengadakan Majlis Intikhabat bagi sesi 2010/2011M dan Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang bagi sesi 2009/2010M. Majlis mengambil tempat di Markaz Putera pada jam 3.45 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Puan Latifah bte Hj Zaini, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir, selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis Intikhabat diadakan pada setiap tahun bagi memilih Ahli Jawatankuasa Baru Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah yang akan menerajui badan tersebut. Ahli Jawatankuasa BKPBDK terdiri daripada Yang Di-Pertua Penuntut, Naib Yang Di-Pertua Penuntut, Setiausaha 1 dan 2, Bendahari 1 dan 2, ketua-ketua serta naib-naib Unit Agama dan Akhlak, Unit Pelajaran dan Penerangan, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Unit Sukan. Pemilihan adalah dibuat secara undian oleh setiap mahasiswa-mahasiswi BKPBDK.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi Majlis, Ustaz Abdul Rahman bin Hj Awang, diikuti ucapan Yang di-Pertua Penuntut sesi 2009/2010M, Ustaz Md Yaasir bin Hj Ibrahim serta ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, Puan Latifah bte Hj Zaini. Pada pendapat beliau, perlantikan AJK adalah satu peluang untuk menguji keupayaan serta kebolehan seorang mahasiswa-mahasisiwi itu menjadi pemimpin. Pada pendapat beliau lagi, perlantikan tersebut dapat mengasah bakat-bakat ataupun "skills" mahasiswa-mahasiwi untuk menjadi ketua dan melatih kepimpinan seseorang itu dalam membuat keputusan untuk orang lain apabila menjadi ketua nanti. Tambah beliau lagi, menjadi AJK merupakan persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Antara lain, beliau juga ada menasihati para mahasiswa-mahasiswi BKPBDK agar sentiasa mempertingkatkan lagi keyakinan diri, berani tampil kehadapan dan tidak malu dalam mengongsikan pendapat mahupun cadangan dalam apa jua bentuk perbincangan.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah penyerahan fail-fail BKPBDK kepada AJK BKPBDK baru sesi 2010/2011M, penyampaian sijil pelajar cemerlang sesi pengajian 2009/2010M serta pengumuman markah rumah-rumah sukan sesi 2009/2010M oleh Ketua Unit Sukan sesi 2009/2010M,
Ustaz Md Saifullah bin Hj Bolhassan. Rumah Panglima telah berjaya mengutip markah tertinggi bagi keseluruhan aktiviti-aktivi anjuran BKPBDK sejurus dinobatkan sebagai juara. Manakala rumah Pahlawan ditempat kedua, diikuti oleh rumah Laksamana di tempat ketiga.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada mustagid dan mustagidah terbaik sesi 2009/2010M. Ustaz Abdur-Rahman bin Hj Emran telah dianugerahkan sebagai 'mustagid terbaik' apabila berjaya mengutip undi terbanyak, manakala anugerah 'mustagidah terbaik' telah diberikan kepada Ustazah Nasriah bte Ruslan.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Unit Agama dan Akhlak baru, Ustaz Md Fikri bin Hj Sharbini. Majlis berakhir dengan jamuan serta sesi bergambar.

Ahli Jawatankuasa Baru Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah bagi sesi 2010/2011M.

Yang Di-Pertua Penuntut
Hj Md Safwan Alwan bin Hj Aminuddin

Naib Yang Di-Pertua Penuntut
Nurul Huda bte Abd Hamid

Setiausaha 1
Md Nur Hafiz bin Hj Ramlee

Setiausaha 2
Nooraaslizza bte Hussin

Bendahari 1
Nur Rusydiah bte Hj Ibrahim

Bendahari 2
Siti Muti'ah bte Hj Ismail

Ketua Unit Agama dan Akhlak
Mohammad Fikri bin Hj Sharbini

Naib Ketua Unit Agama dan Akhlak
Syairah bte Hj Salim

Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan
Abdul Rahman bin Haji Awang

Naib Ketua Unit Pelajaran dan Penerangan
Hjh Nurzafirah bte Hj Kadir

Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan
Abdul Qawiy bin Hj Ismail

Naib Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan
Nuralisah @ Nur Nabilah bte Md Alizam Teo

Ketua Unit Sukan
Ak Mohammad Daud bin Pg Matassan

Naib Ketua Unit Sukan
Nor Rajiah bte Aji


"Alfu Mabruk dan selamat menjalankan tugas!"

Read more...

Thursday, October 7, 2010

Majlis Intikhabat bagi Sesi 2010/2011M Dan Penyampaian Sijil-sijil Pelajar Cemerlang Sesi 2009/2010M.

Semua mahasiswa dan mahasiswi di jemput hadir pada :

Tarikh : 8hb oktober 2010M
Jam : 3.30pm
Hari : Jumaat
Tempat : Markas Putera (Syaah 106, Imarah 86)

Kehadiran biskita adalah amat di harapkan.

Read more...
Powered By Blogger