Sunday, April 3, 2011

Majlis Doa Selamat & Doa Tolak Bala

Dengan segala hormat dan sukacita menjemput semua Mahasiswa dan Mahasiswi Brunei Darussalam di Kaherah pada :

Hari : Rabu
Tarikh : 3hb Jamadil Awal 1432H bersamaan dengan 6hb April 2011M
Jam : 4.15 petang
Tempat : Markas Putera (Imarah 86, Syaqah 106)

Aturcara majlis:

3.45 petang : Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi
4.00 petang : Kehadiran pegawai-pegawai kedutaan
: Doa Selamat & Doa Tolak Bala
: Menikmati Jamuan

Dengan kehadiran abiskita di majlis ini nanti Badan Kebajikan tidak lupa ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Read more...

Saturday, April 2, 2011

Kempen Markas Putera & Puteri

Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan akan mengadakan kempen kecil-kecilan pada :

Hari : Isnin
Tarikh : 4hb April 2011
Jam : 2-4 petang

Markas Putera (Ahli-ahli Unit Kebajikan & Kemasyarakatan dan Unit Sukan)
Markas Puteri (Ahli-ahli Unit Pelajaran & Penerangan dan Unit Ugama & Akhlak)

Kehadiran dan kerjasama dari mahasiswa dan mahasiswi adalah amat di harapkan.

Read more...

Friday, April 1, 2011

Sukan Muhibah & Sukan Tahunan 2010/2011M

Gambar-gambar semasa sukan tahunan dan sukan muhibah berlangsung:

























Taming, Juara Sukan Muhibbah



Patarana, naib juara.


Nakara, tempat ke tiga.

Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Pembayaran Yuran Semester 2 Sessi 2010/2011

Ahli Jawatankuasa BKPBDK telah menetapkan kadar yuran bagi semester kedua adalah sebanyak LE 200, para mahasiswa dan mahasiswi hendaklah membuat pembayaran bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang kepada :

1) Nur Rusydiah bte Hj Ibrahim (Bagi kawasan RABAAH EL-ADAWIYYAH & SHOUBRA)
Tempat : Imarah 11, Syaqah 903, Rabaah el-Adawiyyah.

2) Siti Muti'ah bte Hj Ismail (Bagi kawasan Syabab El-Mohandessein)
Tempat : Imarah 04, Syaqah 92, Syabab el-Mohandessein.

Read more...

Monday, January 3, 2011

Biitaufiq Wannajah 'Alaikum

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:



1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”



4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”



5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Read more...
Powered By Blogger