Wednesday, October 20, 2010

Majlis Bacaan Surah Yassin dan Rattib Al-'Attas


Sukacita dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi Brunei Darussalam Di Kaherah bahawa Unit Agama Dan Akhlak akan mengadakan majlis bacaan Surah Yassin dan Rattib Al-'Attas pada :



Tarikh : 13hb Zulka’edah 1431H bersamaan 21hb Oktober 2010M


Hari : Khamis


Jam : 5:00 petang


Tempat : Markaz Putera (Bangunan 86, Rumah 106)



Antara aturcara majlis :

  • Solat Maghrib berjemaah
  • Membaca Yaasin
  • Membaca Ratib Al-Attas
  • Ceramah oleh wakil ahli Unit Agama Dan Akhlak
  • Penyampaian cenderahati kepada penceramah
  • Solat Isya berjemaah
  • Menikmati jamuan


Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa-mahasiswi adalah dialu-alukan hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama menghidupkan lagi malam Jumaat yang penuh dengan keberkatan.


Read more...

Majlis Pembuka Tirai sesi 2010/2011M


Kaherah – Pada 9hb Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 17hb Oktober 2010M, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah (BKPBDK) telah mengadakan Majlis Pembuka Tirai bagi sesi 2010/2011M. Majlis tersebut mengambil tempat di Markas Putera, Raba’ah El-Adaweyya dan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa BKPBDK yang baru.

Majlis bermula dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin, tahlil, doa selamat, doa tolak bala dan doa kesyukuran yang diketuai dan dibacakan oleh mahasiswa BKPBDK.



Semasa memberi ucapan, Yang Di-Pertua Penuntut, Ustaz Haji Muhammad Safwan Alwan bin Haji Aminuddin, menyeru para ahli BKPBDK untuk bekerjasama dan menyokong BKPBDK dan menegaskan bahawa setiap ahli bebas menyuarakan pendapat, nasihat dan teguran tanpa ragu-ragu demi meningkatkan lagi kualiti penuntut-penuntut Brunei di Kaherah secara spiritual, mental dan fizikal. Di kesempatan ini juga, beliau mengumumkan perlantikan ketua baru bagi Unit Agama Dan Akhlak iaitu Ustaz Abdurrahman bin Haji Emran.



Majlis ditutup dengan sesi perkongsian terbuka antara ahli jawatankuasa BKPBDK dan ahli-ahli BKPBDK serta solat ‘Isya berjemaah.






Disediakan oleh : Nasriah Ruslan.

Read more...

Pembayaran Yuran

Mahasiswa dan mahasiswi bolehlah membuat pembayaran kepada :

Bendahari 1 - Nur Rusydiah Binti Hj Ibrahim - Imarah 11, Syaqah 903, Raba'ah ElAdawiyah (bagi yang tinggal di Raba'ah ElAdawiyah)

Bendahari 2 - Siti Mutiah Bte Hj Ismail - Imarah 4, Syaqah 92, Syabab ElMohandessien (bagi yang tinggal di Syabab ElMohandessien termasuk mahasiswa dan mahasiswi Cairo University dan Ma'had Qiraat Syubra)

Hari : Jumat (22hb Oktober 2010)
Jam : 2pm-5pm
Yuran : LE200 (Biasiswa KDYMM)
LE60 (Persendirian)
LE25 (Kecemasan - untuk penuntut baru sahaja)

Read more...

Monday, October 18, 2010

Kelas Bahasa 'Ammi

Unit Pelajaran Dan Penerangan akan mengadakan Kelas Bahasa ‘Ammi yang akan berlangsung pada :



Tarikh : 11hb Zulka'edah 1431H bersamaan 19hb Oktober 2010M

Jam : 10pagi

Hari : Selasa

Tempat : Markas Putera (Syaqah 106, Imarah 86)


Kehadiran para mahasiswa dan mahasiswi pada hari tersebut adalah sangat-sangat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.


*(Mustagid & Mustagidah adalah DIWAJIBKAN hadir)

Read more...

Sekitar Suasana Kempen

Sekitar suasana kempen Markas Putera dan Markas Puteri yang telah diselenggarakan oleh Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan pada 15hb Oktober 2010M yang lalu.

Suasana gilap-menggilap pinggan mangkuk dan sudu-suduan.

Suasana tempat simpanan barang dapur sebelum dikempen.


Suasana diluar ruang perkumpulan.
Minta bantuan arab memindah-mindah barang. "Aiwah! Itlaq fuq!"

Team 'Markas Puteri'. Dibintangi oleh ahli-ahli unit Pelajaran dan Penerangan dan juga Unit Agama dan Akhlak.

Team 'Markas Putera'. Dibintangi oleh Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan dan ditolong oleh Unit Sukan.

Selepas dikempen. Alhamdulillah, kemas dan teratur.

Selepas berkempen setentunya lapar. Terima kasih yang masakkan. Sedap~

"Mabruk Qawiy!" Usik-mengusik antara YDP dan Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan.
"Terima kasih bang ah~"

"Sepakat Membawa berkat.
Asas Hidup Bermasyarakat.
Amalkan hidup Yang Sihat.
Selamat Dunia Akhirat."

Raihan - Bersatu.

Read more...
Powered By Blogger