PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN BKPBDK SESI 2009/2010M BAGI SEMESTER PERTAMA.
Para mahasiswa dan mahasiswi dikehendaki membayar kepada:
1. Rafidah Haji Amidon. ( Bagi kawasan Syabab El-Mohandesein)
Jam : 2.00 hingga 5.00 petang.
Tempat: Imarah 15, Syaqah 402, Rabaah El-Adawiyah.
2. Normasuzanah bte Badarudin.(Bagi kawasan Raba’ah El Adawiyah).
Jam : 5.00 hingga 8.00 malam.
Tempat: Imarah 15, Syaqah 402, Raba’ah El-Adawiyah.
Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tidak dapat membuat pembayaran pada hari tersebut hendaklah menghantar seorang wakil.
Adapun kadar kutipan yuran bagi semester pertama adalah seperti berikut:
i. Mahasiswa-mahasiswi dermasiswa kerajaan KDYMM (lama): LE 200.00
ii. Mahasiswa-mahasiswi dermasiswa kerajaan KDYMM (baru) : LE 200.00
iii. Mahasiwa-mahasiswi persendirian : LE 60.00
iv. Yuran kecemasan (penuntut baru sahaja) : LE 25.00
Wednesday, November 4, 2009
Thursday, October 29, 2009
Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan telah melantik 2 orang wakil kutipan derma. Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menghulurkan derma bolehlah menghubungi:
1.Ustazah Amalina bte Haji Junggal
Apt 94, Building 23,
Syabab Al-Mohandisien.
2.Ustazah Syaimaa bte Ruslan
Apt 904, Building 11,
Raba’ah El-Adawiyyah.
Wednesday, October 28, 2009
Jemputan Untuk Menghadiri Kelas Bahasa 'Ammi Dan Penjualan Majalah 'Raudhah' Edisi Lama.
Tarikh : 29hb Oktober 2009M bersamaan dengan 10hb Zulkaedah1430H
Hari : Khamis
Jam : 10 pagi
Tempat : Markas Putera
Mahasiswa-mahasiswi baru dan ahli-ahli jawatankuasa BKPBDK serta ahli Unit Pelajaran dan Penerangan adalah diwajibkan untuk menghadiri kelas tersebut.
Kempen Besar-besaran Markas Putera dan Puteri.
Hari : Sabtu
Tarikh : 31hb Oktober 2009M
Jam : 3.30 petang
Tempat :-
• Markas Putera : Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Unit Agama dan Akhlak
• Markas Puteri : Unit Pelajaran dan Penerangan dan Unit Sukan
*Semua mahasiswa dan mahasiswi dari setiap unit adalah diwajibkan hadir.

